Perubahan kepimpinan dalam PKR, Anwar kata positif

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyifatkan “semangat perubahan” dalam pemilihan parti itu baru-baru ini merupakan suatu perkembangan positif.

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai kemenangan Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden, berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diumumkan oleh jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) PKR, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, Anwar berkata, dia hanya akan mengeluarkan kenyataan mengenai pemilihan parti itu sebaik sahaja JPP mengumumkan keputusan rasmi.

“Dia (Rafizi) telefon saya, dan saya kata saya buat kenyataan rasmi setelah JPP buat pengumuman rasmi.

“Jadi saya dinasihatkan jangan buat apa-apa kenyataan yang menyinggung pemilihan, tetapi saya rasa pemilihan dan semangat perubahan sesuatu yang positif bagi parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan penghujung Mei lalu, Rafizi menang jawatan timbalan presiden setelah menewaskan Saifuddin Nasution Ismail, yang juga setiausaha agung PKR.

Bagi jawatan naib presiden, empat calon terpilih iaitu Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Amirudin dilihat bersama dalam kem Saifuddin manakala Nik Nazmi, Chang dan Aminuddin bersama dengan kem Rafizi.

Sementara itu, jawatan tertinggi Pemuda PKR dimenangi oleh Adam Adli, yang juga bersama dalam kem Saifuddin, manakala sayap Wanita PKR menyaksikan keputusan bercampur-campur di mana Rodziah Ismail (kem Rafizi) memenangi jawatan ketua manakala jawatan timbalan dimenangi oleh Juwairiya Zulkifli (kem Saifuddin).

PKR sebelum ini menangguhkan kongres tahunannya, yang dijadualkan pada 24 hingga 26 Jun, kepada 16 hingga 17 Julai.

Saifuddin berkata penangguhan itu bagi membolehkan JPP menyelesaikan beberapa perkara yang dibangkitkan berkaitan pemilihan parti.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker