Angkat Zafrul jadi calon MB Selangor – Jamal

Angkat Zafrul jadi calon MB Selangor – Jamal

Umno Bahagian Sungai Besar mencadangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz diangkat sebagai calon menteri besar Selangor, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata ketuanya, Jamal Md Yunos.

Katanya, memandangkan Barisan Nasional (BN) negeri sudah tiga penggal kecundang, sejak 2008, dalam usaha merampas semula kerajaan negeri, tiba masa kepimpinan Umno berlapang dada menampilkan tokoh baharu dikenali, selain menjadi “poster boy”.

Beliau berkata, Umno juga diingatkan tidak membuang atau “membunuh” karakter muda seperti Zafrul kerana dianggap mempunyai masa depan cerah dan mampu memenangi hati rakyat bukan setakat pengundi muda Melayu, malah sokongan masyarakat Cina dan India.

“Pengundi muda Cina akan mengambil kira tokoh yang cemerlang dan berpengetahuan mengurus ekonomi kerana kebanyakan mereka akan mewarisi perniagaan keluarga, jadi ketokohan itu ada pada Tengku Zafrul yang mempunyai latar belakang korporat dan perbankan,” katanya kepada FMT.

Katanya, pucuk pimpinan Umno dan BN di peringkat pusat juga perlu melihat keikhlasan Zafrul untuk mencalonkan beliau, pada PRU akan datang.

Menurutnya, bagaimanapun, pencalonan Zafrul sebagai menteri besar tidak bermaksud Selangor kekurangan pemimpin muda.

“Kita ada beberapa tokoh muda seperti, Shahril Sufian Hamdan (Ketua penerangan Umno), ADUN Sungai Panjang, Mohd Imran Tamrin, ADUN Sungai Tawar, Rizam Ismail, tetapi apa salahnya ditambah seorang lagi tokoh hebat di Selangor, selain Noh Omar (ketua Umno Selangor),” katanya.

Jamal mendakwa, Zafrul merupakan ahli Umno sejak 1997 dan beliau tidak pernah menyertai parti lain, walaupun dikatakan mesra Bersatu.

“Kalau saya tidak salah, beliau mendaftar keahlian Umno di Lembah Pantai dan beliau anak kelahiran Kuala Selangor dan saya yakin dalam masa terdekat ini akan berpindah keahlian sebagai ahli Umno di Selangor,” katanya. FMT

Angkat Zafrul jadi calon MB Selangor – Jamal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker