Restoren asam pedas viral: Orang Melaka mungkin kasar, tapi bukan kurang ajar

MELAKA: Tindakan seorang peniaga yang mempunyai sebuah restoran di Banda Hilir di sini, memaki hamun pelanggan ketika sedang menjamu selera tidak menggambarkan sikap sebenar masyarakat setempat.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, pesara tentera, Zulkifly Johar, 64, berkata, kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku terutamanya melibatkan pelancong yang sedang bercuti di Melaka.
Katanya, gurauan orang tempatan boleh disalah anggap sebagai kasar dan peniaga harus peka serta lebih berhati-hati ketika berinteraksi dengan pelanggan.
Jelasnya, bercakap dengan nada kasar dan bersikap kurang ajar adalah dua perkara berbeza yang mana perbuatan itu boleh menjejaskan imej pelancongan negeri ini.
“Ada masanya percakapan atau gurauan orang Melaka boleh disalah erti jika orang luar tidak faham dengan cara masyarakat tempatan. Kalau pelancong luar dengar perkataan ‘hawau’ dan ‘lahabau’, pasti mereka akan berkecil hati.
“Tapi kita tak pernah cakap macam itu kepada orang yang kita tidak kenal atau tidak rapat. Kami masih boleh membezakan antara kawan-kawan dan pelancong luar,” katanya ketika ditemui.
Sejak Khamis lalu, tular di media sosial insiden seorang wanita yang membawa ahli keluarganya dari Singapura untuk menjamu selera mendakwa menerima layanan buruk daripada pemilik sebuah restoran yang beroperasi di Plaza Mahkota di sini.
Dalam rakaman tersebut, jelas kedengaran suara pemilik dan anaknya didakwa memarahi pelanggan berkenaan yang cuba menasihatkan mereka untuk lebih mesra dan bersopan dengan pelancong luar.
Sementara itu, seorang peniaga, Robeah Ahmad, 59, berkata, sebagai duta kecil dalam mempromosikan masakan tradisi Melaka, pemilik restoran seharusnya lebih bersabar dan bersopan melayan setiap ragam pelanggan.
Menurutnya, tidak perlu sindir-menyindir atau berbahasa kasar kerana hanya akan merugikan perniagaan sendiri kelak.
“Dari segi etika berniaga memang tidak patut. Jika makanan habis, beritahu dengan baik dan pelanggan akan faham. Janganlah sampai bercakap kasar kerana kita mencari rezeki dengan duit orang.
“Perkhidmatan kena ikhlas. Pelanggan bukan saja-saja datang, tapi hendak makan. Kita mungkin terbiasa bercakap begitu dengan rakan-rakan, namun perlu menukar lenggok bahasa apabila melibatkan pelanggan,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Norena Jaafar berkata, pihaknya sedia maklum berkenaan insiden tular berkenaan, namun belum menerima sebarang laporan termasuk daripada pelanggan tersebut.
Beliau berkata, sekiranya terdapat laporan, siasatan hanya akan menjurus kepada jenis aduan yang diterima seperti harga makanan terlalu mahal atau individu berkenaan terasa ditipu.
“Setakat ini tiada laporan, hanya tular di media sosial saja. Kalau individu berkenaan mengatakan dalam video hendak lapor kepada KPDNHEP, maka ia sudah dianggap sebagai aduan.
“Jika orang ramai mahu memboikot restoran tersebut, itu hak pengguna dan kita tidak ada masalah,” katanya. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET