Perlu konsensus kemasukan parti baharu dalam BN

PONTIAN – Sebarang keputusan untuk menjadi ahli gabungan Barisan Nasional (BN) perlu diputuskan secara konsensus melibatkan parti komponen utama iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah ( PBRS).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, terserah kepada Majlis Tertinggi BN untuk membuat keputusan, namun merasakan terdapat halangan sekiranya Parti Bangsa Malaysia (PBM) mahu menyertai BN.

“Halangan itu melibatkan Presiden PBM, Larry Sng ketika Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU15) kelak. Di mana beliau hendak bertanding, kalau hendak bertanding di Sarawak, BN sudah mempunyai kesepakatan untuk tidak bertanding di Sarawak.

“Maka perkara itu perlu difikirkan BN sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai permohonan penyertaan PBM di dalam BN.

Pada Khamis, Larry yang juga Ahli Parlimen Julau dilaporkan berkata, permohonan penyertaan PBM dalam parti gabungan BN masih dalam proses.

Berhubung perbincangan membentuk kerjasama politik dengan parti lain, katanya, perkara itu ditentukan sebuah jawatankuasa yang dianggotai beliau bersama Datuk Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad.

Larry berkata, PBM memberi mandat kepada Zuraida untuk mengetuai delegasi parti itu dalam pertemuan serta rundingan dengan pemimpin parti lain, terutama bagi perbincangan membentuk kerjasama politik yang sudah pastinya akan mengambil sedikit masa.

Sebelum itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menziarahi keluarga mangsa nelayan lemas, Abu Bakar Mohammad, 57, di Kampung Dalam Ayer Baloi di sini pada Jumaat.

Mayat mangsa ditemukan di Kuala Sungai Ayer Baloi, pada Sabtu lalu selepas mayat rakannya, Khalid Mohammad, 71, ditemui sehari sebelum itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker