Simpang Jeram bakal jadi ‘simpang maut’ PN

Simpang Jeram bakal jadi ‘simpang maut’ PN

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di sini bakal menjadi lokasi kematian Perikatan Nasional (PN), bukan pintu masuk penularan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jika mahu jadi popular, Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor perlu mengecam tindakan penyokongnya yang membuat suntingan video di Dataran Merdeka.



Katanya, penyuntingan video itu adalah kerja ‘pentaasub’ Sanusi, apatah lagi apabila Menteri Besar Kedah itu mahu menjadikan Simpang Jeram sebagai pintu masuk gelombang hijau di Johor.

“Sanusi kena banyak belajar cara Bossku (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang popular secara natural, tidak menipu, tiada suntingan dan tidak memperbodohkan orang lain.

“Apa pun bangsa Johor akan jadikan Simpang Jeram sebagai ‘simpang Maut’ kepada PN, Johor bukan tempat penunggang agama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketika Majlis Pelancaran Jentera Parti dan Pengenalan Calon PN di Markas Tarbiyah Pas Khamis lalu, Sanusi menyatakan bahawa Muar iaitu di Simpang Jeram sebagai penularan kemasukan Pas ke Johor. Utusan



Simpang Jeram bakal jadi ‘simpang maut’ PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla



Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee



Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker