KJ antara 12 menteri dijemput ke Universiti Harvard

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi seorang daripada 12 menteri dipilih dari pelbagai negara bagi menghadiri Harvard Ministerial Leadership Program di Universiti Harvard, Amerika Syarikat bermula 12 hingga 15 Jun ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya memaklumkan, beliau telah menerima undangan daripada Universiti Harvard bagi menghadiri program tersebut yang dianjurkan secara bersama oleh Harvard T.H. Chan School of Public Health, Harvard Graduate School of Education dan Harvard Kennedy School.

Menurut kenyataan itu, program bertaraf global itu dianjurkan secara jemputan khas dengan kesemua 12 menteri dipilih terlibat di dalam portfolio kesihatan, pendidikan serta pembangunan insan.

“Program ini memberi penekanan kepada aspek kepimpinan serta fokus kepada perkongsian interaktif dan paraktikal peserta menerusi perbincangan kajian kes dan pengalaman masing-masing dalam pembangunan insan dan juga kemajuan ekonomi.

“Jemputan khas kepada menteri kesihatan untuk menyertai program yang dianjurkan pada setiap tahun ini adalah satu pengiktirafan buat negara, khususnya KKM,” katanya.

Sementara itu, program tersebut juga merupakan antara platform terbaik untuk mempelajari dan menganalisis pengalaman negara-negara lain yang boleh dijadikan rujukan, di samping peluang untuk Malaysia berkongsi kejayaan serta pengalaman dalam menguruskan pandemik Covid-19

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker