Hukuman mati masih ada tertaluk pada budi bicara hakim – PM
BERA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata hukuman mati tidak dimansuhkan dan masih kekal namun perubahan yang dilakukan ialah memberi pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.
Beliau berkata, langkah itu membolehkan hakim tidak lagi terikat dengan perkataan “mandatori” bagi hukuman mati yang menyebabkan mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati seperti diperuntuk undang-undang contohnya dalam kesalahan mengedar dadah.
“Kita berpandangan setiap manusia perlu diberikan peluang kedua. Jika ada dua pilihan (hukuman) dan jika dirasakan orang itu memang penjenayah tegar mengedar dadah sehingga menyebabkan ratusan ribu orang mati, boleh dihukum mati dan dibenarkan untuk jatuhkan hukuman mati.
“Tetapi jika dirasakan daripada budi bicara patut diberikan peluang kedua untuk berubah menjadi lebih baik dan hendak diberikan hukuman penjara seumur hidup dengan sebat maka hakim boleh meminda hukuman mati mandatori kepada hukuman tersebut,” katanya.
Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas.
Beliau berkata, sebagai contoh, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan dan ini menyebabkan hakim tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman tersebut.
“Kadang-Kadang kes itu melibatkan anak muda berusia 18 tahun. Hakim selepas mendengar perbicaraan mungkin beranggapan dia ini ‘terkena’ kerana dadah berada dalam beg miliknya tetapi dia tidak boleh membuktikan orang yang memberi (dadah) kepadanya.
“Walaupun ada orang yang beri tetapi tidak boleh dibuktikan, akhirnya mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati walaupun hakim beranggapan budak ini muda dan patut diberi peluang kedua untuk berubah.
“Kena faham bahawa hukuman mati tidak dimansuhkan dan masih ada tetapi tidak lagi menjadi mandatori,” katanya.
Ismail juga berkata, walaupun secara dasarnya kerajaan bersetuju memansuhkan pelaksanaan hukuman mati mandatori namun perkara itu masih perlu diperhalusi dan memerlukan pandangan pihak berkaitan untuk diperkemas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Katanya, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.