Anda Ada ‘Skin Picking Disorder’ Kalau Suka Cabut Kulit Pada Kuku, Apa Petandanya?
Anda Ada ‘Skin Picking Disorder’ Kalau Suka Cabut Kulit Pada Kuku, Apa Petandanya?
RAMAI dalam kalangan kita suka mencabut lebihan kulit yang agak menjengkelkan di sekeliling kuku jari tangan.
Namun tanpa kita sedar, tabiat ini boleh mendorong seseorang untuk memiliki masalah suka mengutil kulit (ekskoriasi) yang serius.
Sesetengah orang yang berdepan dengan masalah ini juga akan kerap menggaru dalam usaha untuk membuang bahagian yang bagi mereka kelihatan tidak cantik ini.
Kekerapan mencabut bahagian kutikula yang tertanggal ini boleh membuatkan individu itu menjadi ‘ketagih’ yang parah sehingga menjadi gementar dan memerlukan rawatan.
Bahagian luka, berkudis atau ruam mula menjadi gatal menyebabkan individu dengan masalah ini mula menggaru.
Petanda individu memiliki masalah gemar mencabut kulit sekitar kuku atau skin picking disorder:
a) Terlalu kerap mencabut kulit terutama sekali pada waktu siang
b) Parut yang jelas kelihatan kesan daripada luka mencabut kulit kuku
c) Rasa sedih apabila memikirkan tabiat mencabut kulit kuku yang tidak baik
Setelah menghidap beberapa jenis ruam, jangkitan kulit atau kecederaan kecil, anda mungkin cenderung untuk mula mencabut kudis atau ruam yang menyebabkan kecederaan pada kulit serta mengalami kesukaran untuk luka tersebut sembuh.
Mengalami kegatalan mendorong individu tersebut lebih kerap untuk menggaru bahagian yang sudah sedia ada luka menyebabkan kitaran ini berpanjangan dan tiada kesudahan.
Ketika menghadapi tekanan, mencabut bahagian kulit di celah-celah kuku yang tertanggal boleh dilakukan secara berulang kerada dirasakan dapat membantu kurangkan stres sehingga menjadi tabiat yang tidak sihat.
Terdapat empat tip yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini menurut seorang pakar dari Harvard Medical School, Liza Zakhary.
Ada individu kerap membuang bahagian kulit di sekeliling kuku dengan menggigitnya.
1. Ketahui punca (trigger)
Fahami dan cari penyebab yang menyebabkan berlakunya perkara itu sama ada masalah mental, tekanan atau gemuruh.
2. Terapi
Berjumpa dan dapatkan rawatan dengan ahli terapi yang terlatih mengenai masalah ini.
3. Dapatkan rawatan
Dapatkan ubat-ubatan oleh pakar yang boleh memberi bimbingan, masa untuk rawatan serta arif terhadap kesan sampingan ubat yang diambil.
4. Pastikan keadaan untuk cabut kulit itu menjadi sukar
Menukarkan keadaan sekeliling anda seperti memastikan kuku anda sentiasa pendek, memakai sarung tangan atau bola stres (stress ball)
Anda Ada ‘Skin Picking Disorder’ Kalau Suka Cabut Kulit Pada Kuku, Apa Petandanya?
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.