UPM nombor 123 Universiti Terbaik Dunia, lonjak 20 anak tangga
UPM nombor 123 Universiti Terbaik Dunia, lonjak 20 anak tangga
Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan kecemerlangan dalam QS World University Rankings 2023 apabila berjaya membuat lonjakan sebanyak 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan 123 terbaik dunia dan universiti kedua terbaik dalam negara.
Kedudukan cemerlang ini sekali gus merekodkan pencapaian terbaik UPM dalam sejarah penarafan antarabangsa.
Merujuk kepada pencapaian UPM dalam QS World University Rankings 2023, empat indikator penilaian menunjukkan peningkatan ranking iaitu Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, Nisbah Staf Akademik dengan Pelajar dan Peratus Pelajar Antarabangsa dengan indikator pelajar antarabangsa dilihat sebagai kekuatan utama UPM apabila menduduki tempat ke-99 di dunia.
Ini menunjukkan reputasi serta pengiktirafan antarabangsa terhadap kemampuan dan kualiti akademik di UPM yang berjaya menarik minat pelajar antarabangsa untuk mengikuti program pengajian di UPM dan setanding dengan universiti terkemuka antarabangsa.
Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, walaupun UPM berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kesan daripada pandemik COVID-19, dedikasi dan sokongan penuh yang diperoleh dari pelbagai peringkat staf yang digembleng bersandarkan kepada misi, visi, nilai dan budaya kecemerlangan membolehkan UPM terus merekodkan kejayaan demi kejayaan dalam segala aspek terutamanya penyelidikan dan reputasi antarabangsa.
“Pencapaian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan lagi kebitaraan UPM yang pada akhirnya akan memberikan sumbangan yang bermakna kepada kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.
Prof. Dr. Mohd Roslan berkata walaupun terus mencatat peningkatan, sebagai institusi ilmu yang sentiasa mengutamakan kualiti dan kecemerlangan, UPM percaya ada banyak lagi ruang penambahbaikan agar kecemerlangan ini dapat terus dipertingkatkan.
“Antara inisiatif yang akan diteruskan ialah memberi perhatian kepada kualiti penyelidikan dalam bidang tujahan utama khususnya bidang pertanian dan sekuriti makanan di samping meningkatkan reputasi universiti di peringkat lokal dan juga global,” katanya.
Bagi menjayakan agenda ini, UPM akan terus memperhebatkan usaha secara tersusun dan berstruktur melalui penanda aras dalam aspek amalan dan pencapaian UPM dengan universiti yang cemerlang di rantau ini dan juga dunia.
UPM nombor 123 Universiti Terbaik Dunia, lonjak 20 anak tangga
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis
BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)