Parlimen EU lulus larangan kereta petrol, diesel menjelang 2035

Parlimen EU lulus larangan kereta petrol, diesel menjelang 2035

STRASBOURG, PERANCIS: Ahli Parlimen negara blok Kesatuan Eropah (EU) menang tipis undi bagi menyokong cadangan Suruhanjaya Eropah (EC) untuk pengharaman total kenderaan baharu yang mengeluarkan karbon dioksida (CO2) menjelang 2035.

EC tahun lalu mendedahkan rancangan untuk menghentikan penjualan kenderaan menggunakan enjin pembakaran dalaman sebagai sebahagian daripada sasaran iklim bagi mengurangkan pencemaran lebih separuh sepanjang dekad ini dan 90 peratus menjelang 2035.

Langkah itu diluluskan dengan sokongan 339 undi berbanding 249 tidak menyokong, manakala 24 ahli Parlimen tidak hadir di Strasbourg dalam usaha mengehadkan jualan kepada model kenderaan elektrik bebas pencemaran.

Pada masa ini, kereta menyumbang 12 peratus daripada semua pelepasan CO2 dalam 27 anggota blok EU, manakala pengangkutan keseluruhan menyumbang kira-kira satu perempat.

Parti Rakyat Eropah (EPP) konservatif, kumpulan ahli Parlimen terbesar EU, berusaha untuk menolak cadangan itu dan membenarkan penjualan kenderaan hibrid diteruskan.

Usaha mereka tewas tipis, manakala percubaan untuk membawa tarikh akhir dianjak ke hadapan ke 2030 juga gagal.

Pihak konservatif juga tidak dapat meneruskan pindaan untuk mengambil kira jejak karbon berkaitan pengeluaran kereta yang berpotensi membenarkan kredit pembuat kereta untuk bahan api sintetik, yang dipanggil e-bahan api, dibuat dengan karbon dioksida dan hidrogen yang dihasilkan daripada sumber boleh diperbaharui.

Selepas undian, pengerusi jawatankuasa alam sekitar EU, Pascal Canfin, dalam ciapan di Twitternya berkata, 100 peratus kereta sifar pencemaran pada tahun 2035 dan amat mengalu-alukan undian mengenai piawaian CO2 dalam @Europarl_EN.

Ahli Parlimen Hijau Jerman, Michael Bloss juga memuji undian itu sebagai langkah yang akan melindungi iklim dan pekerjaan dalam sektor itu.

Sebaliknya, ahli Parlimen EPP Perancis, Agnes Evren beranggapan keputusan itu akan menekan aktiviti perindustrian dan menghukum pengguna dengan sekeras-kerasnya.

Beliau berkata, undang-undang itu akan menghalang pengkomersialan kenderaan hibrid berprestasi tinggi atau kenderaan menggunakan biofuel, di mana menurutnya pengeluarannya berpotensi membuktikan kenderaan itu lebih murah dan kurang pencemaran berbanding kenderaan elektrik. BH

Parlimen EU lulus larangan kereta petrol, diesel menjelang 2035


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker