‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa

‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa

Pelakon Fatin Afeefa berkongsi suaminya, Aliff Awang sanggup berbelanja lebih RM2,000 untuk barang-barang solekannya.

Selepas mendirikan rumah tangga dengan usahawan jutawan itu, Fatin sering mencuri perhatian di media sosial.



Menerusi perkongsian video yang sama di TikTok, Fatin berpesan kepada semua isteri di luar sana untuk ‘mengikis’ duit suaminya sendiri sebelum orang lain berbuat demikian.

“Kalau bukan korang yang kikis semua ini, siapa lagi yang akan kikis. Jadi, buat para isteri di luar sana, kikislah suami anda sebelum orang lain kikis,” kata Fatin.

Rata-rata netizen menganggap Fatin seorang yang sangat bertuah memiliki suami yang tidak kedekut dengan isteri.

Malah, menerusi ruangan komen terutama wanita turut bersetuju dengan kenyataan pelakon yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan itu.



Sebelum ini, ada perkongsian Fatin dan Aliff yang menimbulkan rasa kurang senang dikalangan warga maya kerana dianggap terlalu mempamerkan kemewahan.

Aksi suaminya mencium dahi Fatin sambil memerli golongan yang masih solo di luar sana seraya menunjukkan nilai wang yang diraih pada hari itu dilihat seperti takbur.

Malah, ada yang menasihatkan pasangan itu untuk bersikap rendah diri kerana hidup umpama roda dan segala kemewahan itu mampu lenyap sekelip mata.

Terdahulu, Fatin bernikah dengan jejaka pilihan yang dikenali sebagai Aliff Awang pada 30 Disember lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya.



Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia dan Fatin juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian, 10. HM

‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu



Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker