Kolej ditutup tanpa notis, pelajar buat laporan polis



Kolej ditutup tanpa notis, pelajar buat laporan polis

Seorang pelajar kolej membuat laporan polis terhadap sebuah institusi pengajian tinggi di Seremban selepas mendakwa dia ditipu susulan ia “ditutup tanpa notis terlebih dahulu”.

Pelajar yang enggan dikenali itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai penutupan institusi tersebut selepas dimaklumkan oleh pensyarahnya.

“Kami amat kecewa dengan tindakan pihak kolej yang tidak bertanggungjawab itu kerana kami pelajar semester akhir pengajian. Oleh sebab itu kami bimbang tidak akan memperoleh ijazah atau diploma seperti yang dijanjikan,” katanya dalam laporan polisnya.

Pelajar yang berada di semester enam dan akhir dan akan menamatkan diplomanya berkata, dia turut mewakili pelajar lain yang terjejas dengan membuat laporan di Balai Polis Brickfields.




FMT merahsiakan nama kolej itu, sementara menunggu ulasan daripada institusi terbabit serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Pelajar itu juga berkata, dia telah menghantar e-mel aduan kepada kementerian dan kali terakhir menerima jawapan ialah pada 3 Jun lalu dan dimaklumkan bahawa seorang pegawai kementerian akan mengendalikan kesnya.

“Bagaimanapun sehingga kini pegawai terbabit tidak menjawab panggilan saya,” katanya. FMT

Kolej ditutup tanpa notis, pelajar buat laporan polis


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG



Leave a Reply

Your email address will not be published.