Saya tak suruh orang tinggal di kondo bela kerbau

TAPAH – Semua pihak perlu mengambil positif cadangan menggalakkan rakyat menanam sayur-sayuran dan menternak haiwan sendiri bagi mengurangkan kos sara hidup.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, saranan tersebut dibuat khusus untuk rakyat negeri ini yang mempunyai kawasan atau tanah di kediaman masing-masing.

Menurutnya, perkara itu juga tidak harus dipolitikkan oleh pembangkang kerana sebahagian rakyat termasuk di kampung-kampung telah mempraktikkannya sejak dahulu lagi.

“Saya tak sebut pun orang yang tinggal di kondominium kena bela kerbau atau kena tanam sawi.

“Saya cuma sebut tak apalah kalau ada barangan yang kita tak boleh tanam macam gandum, tak apalah kita import, tapi barang-barang makan lain macam cili, sawi, bayam, kucai, petola, kacang panjang sayur-sayuran yang boleh ditanam sendiri oleh orang Perak tanamlah. Itu saja yang saya kempen,” katanya kepada pemberita selepas program Moh Mengopi Bersama DSSM di Pasar Awam Tapah, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, inisiatif menanam sayur-sayuran dan menternak haiwan itu juga tidak asing bagi penduduk di Kampung Baru Cina.

“Bukanlah perkara pelik sebab ke mana-mana saya pergi Kampung Baru Cina, itulah budaya mereka.

“Tak tahulah kalau Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Teluk Intan) tak pernah masuk atau YB tak rajin masuk Kampung Baru Cina? Budaya untuk bercucuk tanam di halaman rumah budaya orang Cina, dia tanam apa yang dia nak makan dan makan apa yang ditanam lebihnya dia jual,” katanya.

Saarani berkata, isu tersebut tidak sepatutnya menjadi bahan sindiran oleh pemimpin politik kerana cadangan tersebut bukan sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan.

“Saranan itu juga untuk kebaikan rakyat Perak memandangkan ia melibatkan jaminan bekalan makanan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan meneruskan program Kebun Kita iaitu pemberian kit tanaman kepada rakyat untuk mereka bercucuk tanam.

Menurutnya, pada tahun lalu Jabatan Pertanian Perak membelanjakan lebih RM3 juta bagi tujuan tersebut.

Pada 31 Mei lalu, Saarani dalam satu kenyataan menyarankan supaya rakyat di negeri ini menanam sendiri sayur-sayuran dan memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri susulan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini.

Cadangan tersebut mencetus polemik dalam kalangan pemimpin politik pembangkang yang mempersoalkan saranan tersebut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker