Presiden PAS mahu Ismail Sabri habiskan penggalnya sebagai PM

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa supaya kerajaan diberikan peluang untuk mentadbir negara sehingga habis penggal.

Beliau berkata, tempoh selepas habis penggal tersebut adalah waktu tepat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Cadangan kita perlambatkan kerana masalah rakyat banyak belum selesai lagi.

“Jangan kerap sangat pilihan raya, pilihan raya negeri (PRN) sudah beberapa kali,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan PRU15 wajar ditangguhkan beberapa bulan lagi sehingga fasa peralihan endemik ketika ini berjaya membuktikan tiada gelombang baharu yang serius.

Khairy berkata, banyak faktor perlu diteliti selain gesaan untuk mengadakan PRU15 dalam masa terdekat ini juga bukan desakan rakyat, sebaliknya lebih kepada desakan parti politik.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau langsung tidak mengetahui mengenai pertemuan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pembangkang bagi membincangkan mengenai mahu kembali menjawat Perdana Menteri semula.

“Maklumatnya tidak ada. Biasanya dia maklum,” ujarnya.

Sebelum ini Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa, Muhyiddin menghubunginya untuk mendapatkan sokongan menjadi Perdana Menteri semula.

Presiden PAS mahu Ismail Sabri habiskan penggalnya sebagai PM

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker