Huazong bertemu dengan Ismail Sabri
Huazong bertemu dengan Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini menerima kunjungan hormat pemimpin utama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), yang antara lain mereka berkongsi pandangan mengenai ekonomi dan isu-isu semasa.
Antara pemimpin Huazong yang hadir dalam pertemuan kira-kira sejam di Perdana Putra di sini ialah Presiden, Tan Sri Goh Tian Chuan; Timbalan Presiden, Datuk Ong Seng Khek; Naib Presiden, Datuk Lam Kuang Yau; Setiausaha Agung, Datuk Dr Wong Aik Loung dan Bendahari, Tan Sri Tan Kean Soon.
Ditubuhkan pada 1991, Huazong merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggabungkan 13 gabungan persatuan dan pertubuhan Cina di setiap negeri dan wilayah di Malaysia.
Huazong memainkan peranan untuk memelihara kepentingan komuniti Cina dalam isu berkaitan ekonomi, kebudayaan, pendidikan serta pembangunan sosial.
Huazong menjadi pengantara komunikasi antara komuniti Cina di Malaysia dengan kerajaan Malaysia dan memupuk semangat perpaduan masyarakat Cina melalui penganjuran aktiviti bersifat kebudayaan. BH
Huazong bertemu dengan Ismail Sabri
Baca Artikel Menarik:
- PRU15: PM tidak buat keputusan membelakangi YDPA
- Pesawat asing ceroboh ruang udara kediaman Biden
- Hadi pertahan pertemuan Muhyiddin dengan pembangkang
- Diterajang pelanggan kerana tisu [VIDEO]
- Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
- Individu Bergelar ‘Datuk Seri’ Ziarah Ustaz Kazim, Serah Bon 1 Juta Euro
- Saya menang besar, Nazri bidas balik
- 7 lokasi Mee Bandung Muar paling sedap sekitar Johor
- Muhyiddin tak mengaku dakwaan ada majoriti
- Kelebihan Air Zam Zam, Sebaik-baik Air Di Muka Bumi! Umat Islam Perlu Tahu Sejarahnya [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG