Fokus pulihkan ekonomi, bukan Kuala Selangor, Zafrul diberitahu
Fokus pulihkan ekonomi, bukan Kuala Selangor, Zafrul diberitahu
Seorang pemimpin Umno hari ini mengkritik tindakan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan Parlimen Kuala Selangor sebagai daerah angkat bagi kementeriannya.
Naib Presiden Umno Khaled Nordin berkata, beliau seharusnya memberi fokus untuk memulihkan krisis ekonomi khususnya bekalan makanan dan sistem perkhidmatan awam yang berdepan pelbagai masalah.
“Kepada menteri kewangan, keutamaan negara ialah mengatasi krisis ekonomi. Keutamaan menteri nampaknya, Kuala Selangor.
“Perbendaharaan negara tidak perlu menjadikan kawasan mana sekalipun sebagai anak angkat. Ini adalah dasar sasau dan keliru,” katanya dalam kenyataan.
Kelmarin, Zafrul mengumumkan Kuala Selangor sebagai daerah angkat Kementerian Kewangan dengan pemerhati politik berkata, ia adalah petunjuk kuat bahawa menteri kewangan berkenaan menyasarkan kerusi Parlimen Kuala Selangor sebagai lokasi penampilan sulungnya dalam pilihan raya.
Terdapat kekeliruan sama ada Zafrul adalah ahli Umno, tetapi setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan mengesahkan bulan lalu bahawa Zafrul menjadi ahli Umno sebelum menjadi menteri pada 2020.
Kerusi Kuala Selangor kini disandang oleh Dzulkefly Ahmad daripada Amanah, yang sebelum ini berkata, beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin muda Amanah.
Bagaimanapun, Dzulkefly yang juga ahli Parlimen dua penggal, berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk bersaing sekiranya Umno mencalonkan nama besar seperti Zafrul.
Selain itu, Khaled berkata, menteri Keluarga Malaysia ketika ini tidak wajar membiarkan hanya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menanggung pelbagai masalah yang dihadapi negara.
Beliau turut mempersoalkan kehadiran menteri berkaitan apabila Ismail berdepan pelbagai asakan mengenai isu krisis makanan dan perkhidmatan awam yang kurang cekap.
“Ekonominya menunjukkan pemulihan yang sangat perlahan. Pelaburan asing hanya sekadar iltizam di atas kertas. Krisis makanan adalah realiti yang nyata. Sistem imigrasi terus bermasalah. Kesesakan lalu lintas membarah apatah lagi bila sistem rel semuanya semakin usang dan menua.
“Namun meletakkan segala kesalahan kepada perdana menteri adalah tidak wajar. Menteri-menteri terbabit wajar tampil dan menunjukkan kepimpinan,” tegasnya.
“Namun di mana semua menteri pada saat perdana menteri berhadapan dengan pelbagai asakan kerana keculasan mereka dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.” FMT
Fokus pulihkan ekonomi, bukan Kuala Selangor, Zafrul diberitahu
Baca Artikel Menarik:
- PRU15: PM tidak buat keputusan membelakangi YDPA
- Pesawat asing ceroboh ruang udara kediaman Biden
- Hadi pertahan pertemuan Muhyiddin dengan pembangkang
- Diterajang pelanggan kerana tisu [VIDEO]
- Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
- Individu Bergelar ‘Datuk Seri’ Ziarah Ustaz Kazim, Serah Bon 1 Juta Euro
- Saya menang besar, Nazri bidas balik
- 7 lokasi Mee Bandung Muar paling sedap sekitar Johor
- Muhyiddin tak mengaku dakwaan ada majoriti
- Kelebihan Air Zam Zam, Sebaik-baik Air Di Muka Bumi! Umat Islam Perlu Tahu Sejarahnya [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG