Pemilihan PKR: Lebih 26,000 undi hilang, dakwa Farhash

Pemilihan PKR: Lebih 26,000 undi hilang, dakwa Farhash

Bekas pembantu Presiden PKR Anwar Ibrahim sekali lagi mempertikai percanggahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini dengan mendakwa ada undi yang “hilang” khususnya bagi jawatan timbalan presiden.

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, 147,000 ahli PKR dilaporkan mengambil bahagian dalam pemilihan parti itu.

Rafizi Ramli memperoleh 68,992 undi, manakala Saifuddin Nasution Ismail mendapat 50,038 undi, bererti jumlahnya cuma 119,030 undi, katanya.

“Ini saja menimbulkan persoalan apa yang terjadi dengan kira-kira 27,970 undian selebihnya. Sekalipun dihitung dengan undi rosak di seluruh negara, lebih 26,000 undian masih hilang,” katanya kepada FMT.

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Farhash berkata, percanggahan ini hanya dilihat dalam undi melibatkan jawatan timbalan presiden.

Menurutnya, jawatankuasa pemilihan parti (JPP) telah menerima lebih 900 aduan, manakala keputusan bagi kebanyakan 222 bahagian masih diprotes.

“Jelas jumlah di seluruh negara tidak selaras.” Menurut keputusan tidak rasmi, Farhash kalah dalam persaingan jawatan ketua bahagian PKR Gombak.

Farhash berkata, Pengerusi JPP Dr Zaliha Mustafa menyifatkan sebagai adil, gesaan supaya audit forensik terhadap mekanisme pemilihan diadakan.

“Itu sepatutnya menjawab persoalan.”

Farhash berkata, parti juga perlu melantik firma keselamatan siber yang bertauliah untuk meneliti sistem, pengaturcaraan dan pengekodan, bagi mengenal pasti sebarang kelemahan. Katanya, ini akan membolehkan juruaudit mengesahkan keputusan dan proses pemilihan.

“Saya bukannya mahu menyibuk, tapi kita perlu membetulkan keadaan untuk mengelak kontroversi lagi di masa akan datang. Sebagai parti yang memperjuangkan pembaharuan, kita perlu menjadi contoh untuk ketelusan.”

Ahad lalu, Farhash mendesak supaya audit forensik dilakukan berkaitan pemilihan parti dengan memetik percanggahan antara bilangan undian dikira berbanding jumlah pengundi. FMT

Pemilihan PKR: Lebih 26,000 undi hilang, dakwa Farhash


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker