Negara memerlukan kejituan kepimpinan
Negara memerlukan kejituan kepimpinan
SITUASI ekonomi masa kini dan masa hadapan amat merisaukan. Tambahan pula dengan kestabilan politik negara masih tidak stabil.
Malahan konflik di peringkat global turut memberi kesan kepada seluruh dunia.
Fenomena ini memerlukan kejituan kepimpinan untuk merangka sesuatu dasar dan pertahanan ekonomi negara yang kukuh.
Namun, dengan pembentukan kerajaan campuran dalam negara pada masa ini, belum cukup untuk mencapai tahap kejituan dalam sistem pentadbiran.
Dengan kerajaan yang pelbagai parti politik yang dibentuk berdasarkan sekadar jumlah angka, bukan seperti kerajaan sebelum PRU – 14. Mungkin akan membawa negara kita ke arah penjara ekonomi yang teruk.
Ini kerana, sesuatu dasar yang akan dibuat memerlukan kata sepakat yang jitu antara ahli kabinet. Mana mungkin kepimpinan yang kuat akan berlaku, jika antara parti politik yang membentuk kerajaan seperti tidur sebantal, mimpi lain-lain.
Dengan keadaan sebegini, negara memerlukan kepimpinan yang berpengalaman dan kesatuan dalam kepimpinan.
Oleh itu, Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan politik yang memiliki kriteria sebegitu. Pengalaman dalam membina negara dan memiliki kejituan yang kuat dalam gabungan kerjasama politik.
Gesaan dalam Konvensional BN kemarin supaya menyerahkan kembali mandat kepada rakyat adalah satu tindakan yang tepat.
Justeru, PRU 15 perlu diadakan segera agar negara kita ditadbir urus dengan kesepakatan secara bersama.
Jika kepimpinan yang baik, maka pentadbiran akan berjalan dengan sempurna. Barulah setiap dasar yang hendak dibuat boleh dilakukan secara senang, sama ada secara jangka masa pendek atau panjang.
Namun begitu, jentera BN perlu melihat secara holistik agar BN mampu menang dalam PRU-15 jika dilakukan dalam waktu ini.
Jika mampu menang, kita ada perdana menteri yang berkuasa untuk nasihat Yang di-Pertuan Agong.
Lakukan dengan segera agar peluang ini tidak terlepas. Jika head count setiap 222 kawasan belum menunjukkan positif, lakukan intervensi secukupnya. Tindakan sebegini penting agar tidak menyesal dikemudian hari. MG
Penulis, Mohd Rizduan Ibrahim adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas
Negara memerlukan kejituan kepimpinan
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15
You must be logged in to post a comment.