‘Saya beri amaran tentang krisis makanan, tapi kerajaan PN tak layan’ – Najib

‘Saya beri amaran tentang krisis makanan, tapi kerajaan PN tak layan’ – Najib

Najib Razak berkata, beliau pernah menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenai bahaya kenaikan kos makanan pada November 2020 tetapi ia tidak mahu melayan saranan itu.

Kenaikan harga barangan makanan menjadi isu utama negara sejak kebelakangan ini dengan pandemik Covid-19, kejatuhan nilai ringgit dan konflik Rusia-Ukraine menunjukkan kebergantungan Malaysia kepada import makanan.



Mengulas mengenai isu itu di Facebooknya hari ini, Najib berkata, ketika membahaskan Bajet 2021 di Dewan Rakyat pada November 2020 beliau menegaskan mengenai kepentingan memperkukuh keselamatan makanan negara berikutan kebimbangan bekalan akan terganggu akibat wabak itu.

“Saranan saya supaya negara berjaga-jaga lebih setahun setengah dahulu sebelum gangguan rantaian bekalan serta krisis makanan dunia yang diramalkan saya itu bermula.

“Namun masih belum terlambat walaupun masa itu kerajaan PN tak layan saranan ini,” katanya.

Najib berkata, ketika perbahasannya beliau juga menekankan supaya kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan pertanian untuk mencapai “self-sufficiency” dalam bekalan makanan negara.



Beliau juga menyebut produk makanan seperti susu segar yang dihasilkan dalam negara secara beransur-ansur untuk “penggantian import”, iaitu menggantikan barang makanan yang diimport dan berpotensi untuk menjana keuntungan.

Hantaran dibuat Najib itu susulan pengumuman Jabatan Perangkaan Malaysia semalam mengenai inflasi meningkat 2.5% tahun lalu disebabkan kenaikan harga barang dan minyak dunia.

Ketua Perangkawan, Uzir Mahidin berkata, harga 80% daripada senarai makanan dan minuman dalam Indeks Harga Pengguna telah meningkat.

Beliau berkata, kenaikan harga komoditi global memberi kesan kepada inflasi makanan dan mengaitkan turun naik harga dalam pasaran tempatan disebabkan kekurangan import, sekatan Covid-19 dan sempadan negara ditutup. FMT



‘Saya beri amaran tentang krisis makanan, tapi kerajaan PN tak layan’ – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker