Punca Stesen Minyak Sesak Disebabkan Nelayan Beli Minyak Guna Kereta Sorong

Punca Stesen Minyak Sesak Disebabkan Nelayan Beli Minyak Guna Kereta Sorong

KOTA KINABALU: Stesen minyak di sekitar Semporna sesak dipercayai berpunca daripada sikap segelintir nelayan yang mengisi minyak menggunakan tong plastik dan kereta sorong untuk membeli bahan api berkenaan.

Hasil pemeriksaan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah mendapati, pemilik bot penambang dan bot pelancong juga melakukan perkara sama yang mana mereka membuat pembelian petrol RON95 dan diesel yang diangkut menggunakan kereta sorong dari stesen minyak di sekitar Semporna.



Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, ZuLfamy Mat Udi berkata, pihaknya maklum mengenai situasi kegiatan pembelian minyak petrol RON95 dan diesel menggunakan tong plastik yang diangkut menggunakan kereta sorong di stesen minyak di Semporna.

“Hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati tiga faktor utama yang menyumbang kepada aktiviti pembelian petrol dan diesel menggunakan tong plastik di stesen-stesen minyak di Semporna adalah disebabkan aktiviti mengisi minyak oleh nelayan tempatan.

“Faktor kedua, bot penambang yang digunakan sebagai pengangkutan utama oleh penduduk tempatan berulang-alik sama ada untuk tujuan bekerja atau membeli barangan keperluan harian dari pulau-pulau yang berhampiran di dalam daerah Semporna ke pekan Semporna.

“Faktor ketiga adalah kegiatan bot pelancong yang mendapatkan bekalan minyak bagi menjalankan aktiviti pelancongan berikutan pembukaan aktiviti perniagaan pelancongan pada masa kini, namun pemilik bot pelancongan ini telah mendapatkan kebenaran melalui permit khas yang dikeluarkan oleh KPDNHEP,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, KPDNHEP Cawangan Semporna telah mengambil inisiatif dengan mengesyorkan kepada nelayan, pemilik bot penambang serta bot pelancong untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak berlesen yang terletak di Kampung Selamat, Semporna.



“Ini memandangkan kedudukan stesen itu terletak di tepi laut,” katanya.-SH

Punca Stesen Minyak Sesak Disebabkan Nelayan Beli Minyak Guna Kereta Sorong

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker