Lengahkan PRU15 Demi Agenda Peribadi Sangat Tidak Bertanggungjawab

Oleh Nurul Aisyah

HANYA orang yang kurang cerdik sahaja akan menggunakan alasan inflasi untuk melambat-lambatkan pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 15(PRU-15). Inflasi dijangka berakhir selepas dua ke tiga tahun lagi.

Remember that the effects of tight money on inflation accrue slowly. Prepandemic estimates suggested that anti-inflation monetary policy takes two to three years to have its full effects. – WSJ, 1 June 2022

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menyifatkan ahli politik yang menggesa PRU diadakan di saat negara berdepan inflasi bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak memikirkan rakyat.

Ini satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab. Inflasi akan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk pulih. Pembubaran Parlimen pula tidak boleh dilakukan melebihi tempoh dibenarkan Perlembagaan Persekutuan (Ogos 2023). Ini bermakna, jika PRU15 diadakan lagi lambat maka peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang semakin kurang.

Ketika ini Pakatan Harapan(PH) berada dalam keadaan huru hara. Tambahan pula, faktor “feel good” yang dirasai rakyat dengan kembalinya sokongan kepada BN susulan kemenangan dalam beberapa siri pilihan raya negeri (PRN) perlu diambil kesempatan oleh kita.

Malah Datuk Seri Najib Razak telah memberi isyarat bahawa BN akan berdepan “risiko besar” PRU15 ditangguhkan untuk tempoh lebih lama.

“Bilakah pilihan raya (PRU15)? Saya tak pasti. Tetapi saya nak kongsikan perkara ini untuk pertama kali … saya nak mengaku kita (sepatutnya) buat PRU14 selepas Sukan SEA (2017).

“Jika kita adakan PRU selepas itu, barangkali BN menang besar tetapi desakan pihak tertentu kita tangguh bila tangguh keadaan berubah,” katanya ketika berucap sempena Konvensyen BN sempena ulang tahun BN ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Oleh itu, pengerusi Lembaga Penasihat BN berharap kepimpinan tertinggi Umno iaitu ‘Top 5’ Zahid, Tok Mat dan ketiga-tiga naib presiden berunding sebaiknya bagi menentukan tarikh PRU15. Ini sangat penting untuk pastikan perdana menteri dapat membuat keputusan tepat, pilihan tepat kerana risikonya terlalu tinggi.

“Ini bukan soal Najib, soal Zahid, soal Ismail Sabri, ini soal masa depan negara. Buatlah keputusan tepat dan bijaksana, jangan kita fikir pasal hal diri tetapi fikirlah masa depan parti dan negara,” kata Datuk Seri Najib lagi.

Ismail yang juga naib presiden Umno juga dilaporkan berkata dalam konvensyen BN semalam bahawa dia tidak akan melewatkan “walau sesaat” bagi mengadakan PRU15 jika BN sudah bersedia.

Menangguhkan PRU15 hanya akan memberi kelebihan kepada PH dan Mahathir. Kini adalah masa paling sesuai untuk diadakan PRU15 memandangkan keadaan pembangkang yang goyah dan kemenangan Umno dalam beberapa PRN sebelum ini sebagai pertimbangan. Inflasi akan mengambil masa dua hingga tiga tahun lagi untuk selesai maka inflasi langsung tidak boleh dijadikan alasan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker