Pelajar Tingkatan 5 Maut Dalam Nahas Dua Motosikal Di Yan

Pelajar Tingkatan 5 Maut Dalam Nahas Dua Motosikal Di Yan

YAN: Seorang pelajar tingkatan lima maut manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam pelanggaran motosikal di Jalan Sungai Petani-Alor Setar, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, dalam kejadian jam 11 malam itu, pelajar terbabit menunggang motosikal jenis Honda EX-5 datang dari arah Guar Chempedak menghala Alor Setar.



“Sebaik tiba di tempat kejadian, keadaan gelap dan hujan, jarak penglihatan mangsa yang terhad mengakibatkan dia terlanggar sebuah motosikal Yamaha 135 LC yang ditunggang seorang lelaki dari arah belakang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Shahnaz berkata, pelajar Muhammad Izham Md Yuro, 17, berasal dari Sungai Limau, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Penunggang motosikal Yamaha LC, Mohd Sobri Shafiai, 29, pula cedera parah.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-AA

Pelajar Tingkatan 5 Maut Dalam Nahas Dua Motosikal Di Yan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker