Muhyiddin mahu balik jawatan menteri dari Zuraida

Muhyiddin mahu balik jawatan menteri dari Zuraida

Zuraida Kamaruddin enggan mengulas lanjut mengenai kedudukannya sebagai menteri perusahaan perladangan dan komoditi setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Turki hari ini.

Beliau juga enggan mengulas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang mahu jawatan menteri diberikan kepada pemimpin lain dalam parti itu, selepas ahli Parlimen Ampang berkenaan mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).



“Saya tak nak komen apa-apa. Sebab saya tak boleh komen apa-apa. Tunggu daripada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk buat apa-apa keputusan,” katanya ketika ditemui media.

Zuraida tiba di KLIA dengan disambut penyokong daripada PBM dengan laungan “hidup bangsa Malaysia” merujuk kepada parti baharunya.

Lebih 150 penyokongnya hadir di KLIA, dengan ada antara mereka membawa sepanduk bertulis “Bahagian Kapar mengalu-alukan kemasukan ibu bangsa Malaysia ke PBM” dan “Selamat datang Zuraida”.

Susulan pengumuman Zuraida keluar Bersatu pada 26 Mei lalu, parti itu mengisytiharkan keahliannya tergugur serta-merta dan menuntut jawatan Jemaah Menteri dipegangnya diberikan kepada calon lain daripada parti itu.



Sementara itu, Zuraida berkata beliau akan membuat sidang media khas minggu depan selepas bertemu Ismail bagi membincangkan jawatannya dalam Kabinet.

Katanya, setakat ini beliau belum menerima tarikh untuk bertemu perdana menteri.

“Saya masih tunggu tarikh. Saya akan jumpa dalam masa terdekat untuk berbincang kedudukan dalam Kabinet. Saya akan buat satu sidang media khas selepas perkara itu selesai,” katanya.

Semalam, Ismail berkata Zuraida hanya keluar Bersatu dan bukan berundur sebagai menteri susulan tuntutan parti itu mahukan jawatannya diisi calon baharu Bersatu.



Ismail berkata, kedudukan Zuraida dalam Jemaah Menteri perlu dibincangkan antara mereka berdua terlebih dahulu. FMT

Muhyiddin mahu balik jawatan menteri dari Zuraida


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker