Rafizi disaman bekas CEO Sapura Energy
Rafizi Ramli yang baru menang sebagai timbalan presiden PKR telah disaman berhubung isu bail out Sapura Energy Bhd (SEB).
Menurut Rafizi, dia telah menerima writ saman daripada peguam yang mewakili bekas CEO Sapura Energy Shahril Shamsuddin pada 11 Mei lalu.
“Writ itu adalah untuk mengesahkan bahawa Tetuan Zul Rafique & Partners, peguam kepada Shahril Shamsuddin telah memfailkan saman terhadap saya di mahkamah berhubung kenyataan saya ekoran desakan Najib Razak agar kerajaan menyuntik wang untuk menyelamatkan SEB.
“Saya telah mengambil pendirian untuk mempertahankan kenyataan saya di mahkamah kerana ia adalah untuk melindungi kepentingan awam,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Menurut hantaran itu, dia diwakili peguam Ranjit Singh daripada firma Ranjit Singh & Yeoh.
Ranjit mengesahkan writ saman yang diterima bekas ahli parlimen Pandan itu.
Ketika isu berkenaan SEB hangat diperkatakan, Rafizi dilihat lantang membangkitkan masalah yang dihadapi syarikat itu dan mengkritik cadangan Najib agar kerajaan menyelamatkannya.
Rafizi berkata lagi, saman tersebut akan menjadi “titik mula” dalam usaha memastikan pelaburan rakyat dalam institusi pelaburan awam seperti PNB, KWSP, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) memenuhi mutu piawai urus tadbir untuk pelaburan awam.
“Dalam struktur ekonomi yang melibatkan banyak pelaburan dana rakyat yang besar di dalam syarikat swasta senarai awam, kerangka urus tadbir pelaburan awam mestilah lebih ketat untuk mengelakkan dana simpanan rakyat kerugian apabila syarikat-syarikat ini mengalami kerugian besar,” katanya lagi.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas Muhyiddin, cubaan berkomplot mahu jatuhkan Ismail Sabri
- Kehilangan Anita Sarawak Sejak 2011 Terjawab, Penulis Lirik Slen Fadzil Terima Panggilan Dari Anita
- Pemandu BMW samseng punca kemalangan diburu polis [VIDEO]
- Rafizi menang tanda Anwar ditolak akar umbi PKR
- Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon
- Asal Dapat Jadi PM, Malu apa, Abah kau?
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi
Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin
Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15