Makin tembam! Badan Uqasha jadi subjek bualan netizen

UQASHA SENROSE

Demikian perkongsian pelakon popular, Uqasha Senrose, 29, selepas dia menjadi bahan bualan netizen susulan bentuk badannya yang kelihatan berisi daripada sebelum ini.

Enggan emosinya hanyut dengan kata-kata negatif, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, enggan mempedulikan semua komen netizen mengenai bentuk fizikalnya.

Paling mencuri perhatian ialah dia menerusi satu perkongsian Instagram memuat naik kapsyen seolah-olah mengadu kepada suami tersayang, Kamal Adli mengenai semua kata-kata netizen terhadapnya.

“Abang, mereka ini (netizen), bila saya kurus, cakap saya kurus sangat, tapi bila badan naik sikit terus panggil saya gemuk.

“Abang babap (pukul) mereka. Ada saya kisah, suka hati saya la nak berisi atau langsing, ” coretnya dalam satu hantaran Instagram.

Ujar pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, perubahan bentuk fizikalnya juga kerana berlaku disebabkan hatinya yang mekar bahagia selepas bergelar seorang isteri.

TANGKAP layar kapsyen Uqasha dalam Instagram.

“Saya tengah bahagia. Badan boleh turun tapi sakitkan hati orang percuma dapat dosa kering,” katanya lagi.

Sementara itu, Kamal turut memberi respons kepada ‘aduan’ isterinya dalam ruangan komen yang mengatakan Uqasha terlalu jelita pada matanya.

“Awak lebih daripada cantik sayang. Kalau cantik itu ada tahap, atas lagi!

“Gemuk? Bila ini? Gemuk dengan cinta saja, badan tetap mantap,” komen Kamal.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menganggap pelakon drama Rahsia Hati Perempuan itu tetap menawan tanpa perlu risau sama ada berat badannya bertambah atau tidak.

“Jangan risau Uqasha. Seri awak selepas kahwin memang lain, semakin cantik,” komen netizen.

“Abaikan semua kata-kata netizen, awak cantik dengan cara sendiri,” kata seorang lagi netizen.

Sebagai info, pasangan sejoli berkenaan mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah bernikah dalam sebuah majlis rahsia pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker