Pogba sertai Monaco
Pogba sertai Monaco

Monaco: Paul Pogba menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Ligue 1, AS Monaco untuk kembali bermain bola sepak selepas hampir dua tahun berehat, umum kelab itu semalam.
Pemenang Piala Dunia 2018 itu hanya membuat 12 penampilan sepanjang tiga musim terakhir susulan kecederaan, penggantungan doping selama 18 bulan serta mangsa kes pemerasan.
Pogba gagal dalam ujian doping pada Ogos 2023 selepas beraksi bersama Juventus dan dibenarkan kembali sejak Mac, walaupun kontraknya bersama kelab Itali itu ditamatkan tahun lalu.
Pemain tengah berusia 32 tahun itu kini akan bermain dalam Ligue 1 buat pertama kali dalam karier profesionalnya.
“Saya berazam untuk kembali ke padang, sudah bersedia dari segi mental dan fizikal, hanya menunggu masa,” katanya kepada televisyen Perancis hujung minggu lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Pogba pernah bermain bersama pasukan belia Le Havre sebelum menyertai Manchester United pada 2009.
Dia hanya membuat beberapa penampilan bersama skuad utama kelab yang memenangi Liga Juara-Juara tiga kali itu sebelum berpindah ke Juventus pada 2012.
Pogba memenangi empat gelaran Serie A berturut-turut di Turin sebelum kembali ke United dengan nilai perpindahan rekod dunia ketika itu sebanyak 105 juta euro (RM520 juta).
Dia kembali menyertai Juventus tiga tahun lalu tetapi terus dibelenggu kecederaan berulang.
Pada tahun 2024, abangnya Mathias dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana peranannya dalam cubaan memeras wang sebanyak 13 juta euro (RM64 juta) daripada Pogba pada 2022.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Pogba menyumbat 11 gol dalam 91 penampilan bersama skuad kebangsaan Perancis, termasuk memainkan peranan penting dengan menjaringkan gol ketika menang pada final Piala Dunia menewaskan Croatia tujuh tahun lalu.
Kelab baharunya Monaco akan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas menamatkan saingan di tangga ketiga Ligue 1 musim lalu.
Pogba sertai Monaco
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.