Dipinggirkan dalam Bersatu antara punca Zuraida berudur
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menafikan beliau seorang ahli yang bermasalah ketika berada dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Melalui jawaban terhadap surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya dan turut dilihat Mingguan Malaysia, beliau mempertahankan diri dalam dua isu besar termasuk pertuduhan menyertai PBM sewaktu berada dalam Bersatu.
Selain itu, peranan PBM yang dikatakan terpinggir daripada perjuangan Bersatu meskipun perkara tersebut telah dibincang bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Dalam perbincangan saya bersama Presiden, saya telah maklumkan idea penubuhan parti baharu yang bersifat berbilang kaum untuk memberi nilai tambah dan bersifat sebagai subsidiari kepada Bersatu dalam menambat segmen pengundi berbilang bangsa yang tidak dapat dirangkul oleh Bersatu.
“Hal ini akan menambah sokongan kepada Bersatu berdasarkan latar belakang kami yang terdiri daripada penjawat jawatan tertinggi dalam sebuah parti berbilang bangsa sebelum ini yang telah memenangi majoriti kerusi parlimen di seluruh negara dalam pilihan raya umum lalu.
“Ini kerana latar belakang kami dengan sokongan akar umbi yang berjumlah 400,000 orang pada waktu itu pastinya menguntungkan Bersatu,” katanya.
Bagaimanapun, kata Zuraida, terdapat masalah yang berlaku apabila keahlian bekas PKR ingin menyertai Bersatu tidak diterima, malah dilewatkan.
“Pada waktu itu, kumpulan kami yang terdiri daripada aktivis politik berpengalaman luas dan berjawatan utama dalam parti juga tidak digunakan sepenuhnya bagi membantu perkembangan Bersatu. Kami seolah-olah dipinggirkan dan potensi sebenar tidak dapat diserlah yang akhirnya merupakan kerugian untuk Bersatu,” katanya.
Pertuduhan
Pada masa sama, Zuraida menolak pertuduhan yang beliau menyertai PBM ketika menjadi ahli Bersatu.
“Saya memohon Pejabat Setiausaha Agung menyertakan bukti terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada saya.
“Perhubungan, aktiviti dan pergerakan saya di luar kapasiti politik bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN) yang saya tubuhkan seawal 2018 bagi mengeratkan hubungan saya dengan komuniti di seluruh negara dan perkara itu tidak boleh dijadikan asas kepada tuduhan ini.
“Keputusan majoriti pimpinan PKR untuk menyertai PBM tidak wajar dipalitkan secara langsung ke atas diri saya,” katanya.
Reaksi itu diberi selepas menerima surat tunjuk sebab pada 11 Mei lalu dan memberi respons kembali pada 23 Mei iaitu dalam tempoh 14 hari.
Terdahulu, Pemimpin Bersatu mendedahkan, Zuraida berdepan masalah disiplin dan pernah dilayangkan surat tunjuk sebab.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Faiz Na’aman berkata, Zuraida juga dikesan terlibat dengan aktiviti parti lain selain tidak membantu semasa pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah Dedah Perangai Zuraida Tidak Aktif Dalam Parti, Kerap Ponteng Mesyuarat
- Masa PKPB Adun PN Melayu Boleh Nyanyi Minum Arak di KTV Hotel tapi…
- Lompat Parti Diibarat Permainkan Undi Rakyat – Zahid
- Tangan gatal sentuh singa, jari akhirnya jadi mangsa [VIDEO]
- Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
- Wanita naik pentas halang suami menari dengan penyanyi dangdut [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’
Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah
Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening