Masjid Saidina Osman, masjid mukim kategori A

TANAH MERAH – Masjid Saidina Osman, Mukim Tepi Sungai di sini berada pada kelasnya yang tersendiri apabila telah dinaik taraf ke kategori A bagi masjid mukim ekoran pemerkasaan menerusi program imarah rumah ibadah berkenaan.

Imam Satu, Amin Zainal Abidin berkata, selain itu masjid berkenaan turut menjadi pilihan utama golongan musafir yang melalui kawasan Tanah Merah.

“Disebabkan itu dana berjumlah RM800,000 diperlukan bagi menyiapkan sepenuhnya masjid ini yang masih lagi dalam proses pengubahsuaian.

“Pembinaan sekarang sudah memasuki fasa akhir iaitu kerja pemasangan mozek, siling, cat dan pendawaian elektrik,” katanya.

Menurutnya, ia bagi membaik pulih bangunan lama yang hampir runtuh selain memberi keselesaan kepada jemaah.

Beliau berkata, kerja baik pulih telah dimulakan sejak April 2021 dan jumlah kos keseluruhan ialah RM2.2 juta.

Katanya, orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad 0305-401-0000-189 di bawah nama Masjid Saidina Osman, Mukim Tepi Sungai atau hubungi 012-766 6300.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker