Azmin bakal ikut jejak Zuraida tinggal Bersatu?



 

SHAH ALAM – Parti Bangsa Malaysia (PBM) enggan mengesahkan keputusan penyertaan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin ke dalam parti itu bakal diikuti seorang lagi bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpengaruh, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha menjelaskan beliau tiada maklumat mengenai perkara itu dan meminta Sinar Premium untuk bertanya kepada ‘tuan punya badan’.

“Azmin akan sertai PBM? Saya enggan ulas, anda harus tanya kepada tuan punya badan (Mohamed Azmin) sendiri,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya sambil tertawa pada Khamis.

Namun begitu, Haniza tidak menafikan kemungkinan lebih ramai pemimpin tempatan yang mungkin mengikut jejak langkah Zuraida bagi menyertai PBM dalam masa terdekat.

Hal ini kerana beliau percaya teras perjuangan PBM yang bersifat kepelbagaian kaum adalah relevan dengan hala tuju masa hadapan politik baharu negara.




“Semua orang sudah jelek dengan agenda perjuangan politik parti sedia ada bersifat perkauman dan memainkan sentimen keagamaan.

“Saya berharap dengan kehadiran Zuraida dalam PBM, lebih ramai pemimpin tempatan yang berketrampilan akan bersama kami.

“Saya tidak pasti sama ada kelompok pemimpin yang akan menyertai kami kelak, ada hubung kait dengan Zuraida dan pernah bersama beliau sebelum ini. Namun, saya percaya kehadiran beliau akan memberi nilai tambah kepada imej parti,” katanya.

Media tempatan sebelum ini dikejutkan dengan keputusan Zuraida yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dan keluar daripada Bersatu selepas mengambil keputusan menyertai PBM.

Bagaimanapun, Zuraida dalam kenyataan menyatakan pendirian untuk kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.




Keputusan menyertai PBM itu dibuat Zuraida selepas beliau mengambil kira pertimbangan mendalam.

PBM yang dilancarkan pada 21 Disember 2021 kini diketuai oleh Ahli Parlimen Julau, Larry Sng sebagai Presiden parti dan turut mempunyai dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

PBM turut dianggotai bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar parti rentetan Langkah Sheraton.

Antara yang keluar parti itu juga menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik menteri kabinet iaitu Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Budaya, Datuk Seri Edmund Santhara, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamaruddin Jaffar, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I, Datuk Willie Mongin dan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Mansor Othman.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening



Leave a Reply

Your email address will not be published.