Anwar Suka Tuduh, Bila Najib jawab, Anwar membisu
Oleh Nurul Aisyah
Pakatan Harapan(PH) membangkang apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional(BN) walaupun ianya membawa kebaikan dan keuntungan yang teramat besar kepada rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim yang merupakan pengerusi PH dan juga ketua pembangkang sangat suka membuat tuduhan terhadap Datuk Seri Najib(DSN). Ironinya, apabila tuduhan tersebut telah dijawab, Anwar membisu seribu bahasa.
DSN menuntut balasan terhadap surat terbuka beliau untuk menjawab Anwar lebih setahun lalu. Ianya masih belum dibalas.
Dalam surat terbuka tersebut DSN menjawab dua tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim terhadap beliau pada November 2021.
Tohmahan 1
Bahawa DSN tidak dapat menjelaskan bagaimana sejumlah wang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai ratusan juta ada dalam milikan DSN dan isteri.
DSN sudah banyak kali jelaskan. Malah kes-kes ini sudah diputuskan dalam mahkamah bahawa ia bukan dari sumber 1MDB atau sumber haram. DSN sudah menang dua kali kes mahkamah berhubung isu ini.
Malah hakim kata pihak pendakwaan sendiri juga kata ianya merupakan hadiah peribadi
“Malah pemohon (kerajaan) mengakui beberapa barang yang disita adalah berbentuk hadiah.”
“8 Nov 2021: Kerajaan gagal lucut hak barangan mewah milik Najib, Rosmah”
Dana yang disita sebaik sahaja PRU14 berakhir pula adalah dana PRU14 Umno. Pihak polis ada setiap butiran siapa yang sumbang termasuk pengakuan dari penyumbang. Sebab itu, hakim membuat keputusan untuk serahkan kembali pada kami.
Ia adalah wang Umno – bukan wang saya.
“20 Mei 2021: Kerajaan gagal lucut hak wang RM114 juta milik Najib, Umno”
Siapa kata DSN tak jelaskan?
Bukan sahaja DSN sudah jelaskan tapi tiga hakim sudah jelaskan juga untuk DSN.
Tohmahan 2
Rakyat terpaksa tanggung hutang 1MDB sebanyak RM32 bilion.
Ini satu lagi fitnah. Berapa sen Anwar sebagai rakyat sudah bayar untuk jelaskan hutang 1MDB tersebut?
Kenapa dalam masa 22 bulan rejim gagalkrasi Pakatan harapan (PH), mereka tidak pernah membayar balik atau mengurangkan satu sen prinsipal hutang ini?
Malah dalam tempoh PH jadi kerajaan, hutang negara naik RM106.2 bilion dari RM686.8 bilion pada akhir 2017 sebelum PRU14 ke RM793 bilion pada akhir tahun 2019.
Pada masa yang sama, PH juga jarah hampir RM104 bilion dari rizab tunai RM176 bilion (yang dinaikkan masa DSN dari RM30 bilion) Petronas.
Nilai aset bersih Khazanah pula jatuh RM24.5 bilion dari RM116.1 bilion (yang dinaikkan masa saya PM dan pengerusi Khazanah dari RM33.7 bilion) pada akhir 2017 ke RM91.6 bilion pada akhir tahun 2019 sebab korang banyak menjual aset-aset negara dibina saya.
Angkara PH sebanyak RM106 bilion + RM104 bilion + RM24.5 bilion itu lebih rendah banding hutang 1MDB RM32 bilion ke, Nuar?
DSN juga mahu memperingatkan Anwar bahawa sebelum tahun 2012, Anwar sudah banyak kali bangkitkan isu kerugian RM19 bilion setiap tahun yang ditanggung Petronas dan TNB akibat perjanjian-perjanjian Penjana Elektrik Bebas (IPP) yang ditinggalkan masa Anwar dan Mahathir memerintah.
“Anwar menjelaskan bahawa sewaktu berada dalam kerajaan, beliau telah dimaklumkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Ani Arope bahawa kumpulan IPP telah memaksa TNB membeli harga elektrik yang terlalu mahal.”
Para pemimpin Pakatan Rakyat telah banyak kali mendesak kerajaan supaya menghentikan pemberian subsidi RM19 bilion setahun kepada IPP sebelum menghapuskan subsidi petrol, diesel dan gula untuk rakyat.”
Kenapa selepas tahun 2012, korang tak bangkitkan isu ini?
Sebab kita telah menggunakan 1MDB pada tahun 2011 untuk membeli semua IPP-IPP tersebut dan selepas itu perjanjian-perjanjian berat sebelah itu telah diperbetulkan melalui open tender yang pertama sekali dibuat untuk pembelian elektrik.
Sehingga para penganalisis kata “No more sweetheart deals for IPP”
Jika RM19 bilion dijimat setahun maka dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2012 ke 2017 sebelum PRU14 sahaja, kita sudah jimat hampir RM100 bilion.
Sebab itu rizab tunai Petronas naik begitu laju dari RM30 bilion ke RM176 bilion pada masa PRU14 sebelum dijarah.
Pada masa yang sama, Tenaga Nasional yang pernah rugi memanjang sebelum tahun 2012 mula mencatat keuntungan besar dan membayar dividen yang besar kepada tabung-tabung simpanan Rakyat seperti KWSP, TH, PNB, KWAP.
Sebab itu juga harga saham TNB naik dari RM5 ke sekitar RM15 sebelum PRU14.
Kenapa pulak Anwar tak mahu memperakui perkara ini?
Penjimatan RM100 bilion ataupun rizab tunai RM176 bilion Petronas yang ditinggalkan kami untuk kamu jarah itu lebih rendah berbanding hutang 1MDB RM32b ke, Nuar?
Kenapa tak mahu berterima kasih pada Najib dan puji Najib sebab dah jimat RM100 bilion bagi negara dari masalah yang ditinggalkan zaman kamu dan Mahathir?
Apa lagi yang kami dapat dari hutang 1MDB RM32 bilion itu?
1) 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.
Soalan cepumas bagi PH: Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang lapan pangkalan ini yang dibiayai 1MDB? Tak penting ke pangkalan udara bagi negara?
1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.
2) Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.
Soalan cepumas bagi PH: Adakah RM140 bilion dengan keuntungan minimum RM92 bilion itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB? Dan adakah projek ini amat penting dan projek jual negara?
Kita tanya PM ke-7:
“Perdana menteri berkata Bandar Malaysia akan memberikan impak signifikan terhadap ekonomi Malaysia berikutan ia akan berperanan sebagai hab untuk menarik lebih banyak syarikat multinasional berimpak tinggi global serta menawarkan potensi tindakan bersama dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.
“Dengan jangkaan nilai pembangunan kasar atau GDV RM140 bilion, ia akan menjana impak besar terhadap pembangunan bandar untuk Malaysia bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing,” katanya.
17 Dis 2019: Projek Bandar Malaysia bukti kerjasama baik Malaysia-China (masa kerajaan PH menjual sebahagian dari projek Bandar Malaysia ini dengan harga RM7.41 bilion sambil mengambil gambar beramai-ramai untuk claim kredit projek ini, lalu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kata semasa bajet 2020 bahawa kerajaan terbeban dengan membayar RM2.7 bilion untuk hutang 1MDB dalam tempoh tiga tahun ini pulak).
3) Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.
Soalan cepumas bagi PH: Adakah projek TRX ini bagus, menguntungkan negara, penting untuk negara dan bukan sekadar satu lubang besar dalam tanah seperti pernah didakwa PH?
Kita tengok apa yang Lim Guan Eng jawab:
12 Feb 2019: LGE describes RM40b TRX as one of Malaysia’s best assets, beckons investors to take part in development
Lagipun hutang 1MDB RM32 bilion ini bukan semua nak dijelaskan sekarang.
Hutang ini adalah sampai tahun 2038 – iaitu selaras dengan projek-projek pembangunan TRX RM40 bilion dan Bandar Malaysia RM140 bilion yang juga memerlukan masa 20 tahun untuk diselesaikan hutang dengan sepenuhnya serta menjana keuntungan besar bagi negara?
Tang mana yang rakyat tanggung hutang RM32 bilion itu?
DSN juga nak tanya Anwar.
Setiap sen yang didakkwa hilang dari 1MDB adalah dijamin atau dihantar kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC. Dan mereka juga mengaku pegawai-pegawai tertinggi mereka sudah berkomplot dengan Jho Low untuk mempergunakan dana tersebut.
Sebab itu, kerajaan BN dahulu sudah tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC pada tahun 2017.
Supaya syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020.
Tetapi sebaik sahaja PH menang PRU14, mereka membatalkan perjanjian tersebut sebab tidak mahu Rakyat tahu bahawa Najib sebenarnya sudah selesaikan masalah kehilangan dana 1MDB.
Sehingga hari ini, satu sen pun tidak pernah dipulangkan oleh IPIC.
Akibat kerajaan Abu Dhabi dan UAE marah dengan kita akibat pembatalan perjanjian penyelesaian serta pendedahan rakaman telefon Putera Mahkota mereka oleh pihak SPRM masa PH, satu sen pelaburan asing dari mereka tidak pernah masuk ke Malaysia sejak PRU14.
Sebaliknya, kerajaan UAE telah melabur lebih RM200 bilion ke negara jiran Indonesia.
Kenapa Anwar tak mahu bangkitkan isu ini?
Perjanjian penyelesaian antara dua negara yang membabitkan pulangan dana kepada Malaysia sehingga AS$7 bilion tak penting ke bagi kamu?
Dan sekiranya Najib adalah dalang 1MDB dan telah curi dana 1MDB, kenapa pula syarikat-syarikat seperti Goldman Sachs bayar gantirugi RM16 bilion pada Malaysia, Ambank bayar RM2.83 bilion, KPMG dan Deloittes bayar ratusan juta ringgit kepada Malaysia?
Najib yang curi tapi pihak lain (bukan rakyat) yang bayar ganti rugi berpuluh bilion ke?
Sebab itu, tang mana yang rakyat bayar hutang 1MDB? Sila buktikan.
Hutang RM32b kamu nampak tapi penjimatan IPP serta pembinaan aset negara oleh 1MDB, Nuar buat-buat tak nampak pulak.
Itu adalah surat terbuka DSN untuk Anwar Ibrahim. Sehingga kini Anwar diam membisu setelah tuduhan beliau dijawab oleh DSN. Kini DSN menuntut komen dari Anwar berkenaan jawapan yang diberi oleh beliau. Jangan jadi pengecut yang baling batu sembunyi tangan.