Ahli Parlimen Kuala Langat masih MP bebas belum ikuti jejak Zuraida

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar menafikan dakwaan beliau sudah mengikut jejak langkah bekas Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada Khamis.

Menegaskan beliau masih ahli Parlimen Bebas, bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu sebaliknya enggan mengulas lanjut sama ada akan mempertimbangkan hasrat menyertai PBM atau sebaliknya.

Mengakui pelbagai khabar angin dilontarkan pihak tertentu mengenai kedudukannya ketika ini, Xavier mendedahkan beliau akan menunggu sebarang keputusan dan perkembangan lanjut mengenai kedudukan Zuraida selepas 2 Jun hadapan.

“Buat masa sekarang, saya masih lagi berstatus ahli Parlimen Bebas.

“Bagaimanapun, saya akan menunggu perkembangan dan kenyataan terkini daripada Datuk Zuraida (Kamaruddin) berkenaan kedudukan terkini beliau, sebelum saya buat keputusan lanjut.

“Zuraida difahamkan akan balik ke tanah air pada 2 Jun hadapan. Jadi sebarang perbincangan bagi menentukan status jawatan sebagai menteri kabinet dan keahlian PBM akan dibuat selepas beliau pulang kelak,” ujar bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kepada Sinar Premium pada Khamis.

Xavier berkata demikian bagi mengulas dakwaan PBM bakal menerima dua lagi ahli Parlimen baharu termasuk beliau susulan keputusan Zuraida keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), meletakkan jawatan menteri kabinet dan menyertai PBM.

Gambar dari kiri: Nor Hizwan Ahmad, Zuraida Kamaruddin
Gambar dari kiri: Nor Hizwan Ahmad, Zuraida Kamaruddin

 

Di sebalik keputusan kontroversi itu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang bagaimanapun masih menyatakan sokongan kepada kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Buat masa ini, PBM memiliki tiga ahli Parlimen iaitu Ahli Parlimen Julau yang juga Presiden parti, Larry Sng; Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan Zuraida sendiri.

Sementara itu, sumber PBM memaklumkan terdapat seorang lagi ahli Parlimen dijangka bakal menyertai Zuraida dan Xavier dalam PBM tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sumber berkenaan merahsiakan identiti ahli Parlimen berkenaan.

Pada 13 Mac 2021, Xavier mengumumkan peletakan jawatan Naib Presiden PKR dan keluar parti itu bagi menjadi ahli Parlimen Bebas menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad mengesahkan parti itu sudah menerima borang permohonan daripada Zuraida untuk menyertai mereka pada Khamis.

Bagaimanapun, bekas Setiausaha Politik kepada Zuraida itu memberitahu portal The Malaya Post bahawa parti enggan mengulas lanjut mengenai status penyertaan ahli-ahli Parlimen lain.

“Saya terima permohonan Datuk Zuraida, yang lain saya tak nak komen, kita tunggu penyerahan borang dari YB (Ahli Parlimen) berkenaan dahulu,” kata beliau.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker