Pemilihan PKR 2022: Iltizam Hans Isaac, Altimet Sertai Politik

Pemilihan PKR 2022: Iltizam Hans Isaac, Altimet Sertai Politik

AMPANG: “Maaf, saya bukan ahli politik…,” demikian tegas pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac yang bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Ampang bagi Pemilihan PKR 2022.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, berkata dia hanya seorang akar umbi PKR yang suka bekerja dan tidak berminat untuk bermain politik sama sekali.



Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu menambah, sejak tiga tahun lalu dia telah melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan menyantuni masyarakat di Ampang tanpa bantuan mana-mana pihak.

“Mengutamakan rakyat itu semua ahli politik dah cakap, hampir 100 peratus (mengatakan perkara itu). Bila nak undi berjanji, tapi bila dapat undi lain cerita.

“Saya tak suka berjanji, kalau saya cakap saya akan buat. Kedua, saya nak tukar cara berpolitik di Malaysia, di mana asyik nak menjatuh antara satu sama lain.

“Sudah tentu kita ada wawasan, saya ada isu KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang saya nak (perjuang) untuk freelance (pekerja bebas) dan kakitangan kontrak. Saya ada banyak benda dalam kepala saya kalau dapat peluang itu (sebagai Ketua Cabang). Tetapi pendek kata, kita kena menghormati antara satu sama lain dalam arena politik.



“Kita nampak rakyat dah tak yakin dengan ahli-ahli politik, dan kami nak gelombang baru daripada ahli-ahli politik tak kira daripada parti mana. Tidak masuk dalam Parlimen dan cuba memperkecilkan atau menjatuhkan antara satu sama lain,” katanya kepada Astro AWANI ketika hadir meninjau proses Pemilihan PKR cabang Ampang di Dewan Dato Ahmad Razali, di sini pada Sabtu.

Hans akan berdepan enam lagi pencabar bagi jawatan Ketua Cabang Ampang termasuk seorang lagi selebriti, yang juga penyanyi rap, Altimet.

Turut memberi saingan dalam pertembungan itu ialah Abdullah Md Zain; Sam Hoo Wai; Abdul Halim Mohamed Yusof; Daing Muhammad Reduan Bachok; serta Abdul Latif Shaari.



Mengulas lanjut, Hans yang menyertai PKR pada 2020 berpandangan penyertaan selebriti termasuk Altimet dan Datuk Afdlin Shauki dalam saingan Pemilihan PKR 2022 adalah hak masing-masing.

Pelakon filem Baik Punya Cilok itu juga mengakui terkejut dengan pencalonan Altimet bagi kerusi sama, namun dia terbuka menerima saingan daripada pelantun lagu Amboi itu dan menyerahkan kepada akal umbi untuk membuat keputusan.

Mengenai perancangan masa depan dalam arena politik termasuk pencalonan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pula, Hans berkata dia belum bersedia membincangkan mengenai perkara itu lagi.

Namun, dia terbuka dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti jika diberikan kepercayaan kelak.



Altimet fokus isu kekeluargaan, wanita, belia

Sementara itu, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, berkata dia akan memberi fokus kepada isu belia, kekeluargaan, dan wanita jika diberikan kepercayaan untuk berkhidmat di Ampang sebagai Ketua Cabang.

Dia juga melihat saingan Pemilihan PKR 2022 di cabang Ampang sebagai menyuburkan sistem demokrasi di kawasan tersebut, selain satu persaingan yang sihat.

“Saya rasa ia satu benda yang bagus sebab selebriti ini banyak benda yang dia buat akan membawa perhatian.



“Tetapi kali ini bawa perhatian bukan kepada kontroversi tetapi kepada demokrasi. Jadi mungkin pengikut-pengikut yang lebih muda, dia akan lebih peka terhadap sistem demokrasi dan proses-prosesnya,” katanya.

Ditanya mengenai pembaharuan yang bakal dibawa di Ampang berbanding penyandang sebelum ini, Datuk Zuraida Kamaruddin, Altimet berkata banyak perkara yang boleh ditambah baik di kawasan berkenaan termasuk dari segi pendidikan.

“Tak dapat dinafikan Datuk Zuraida ini, saya pun dulu mengundi untuk dia, dan banyak benda bagus yang dia buat untuk Ampang.

“Jadi kita nak cuba kekalkan dan tambah baik benda-benda yang baik itu, dan sambil itu kita tambah benda-benda yang baharu,” tambahnya.



Zuraida menang tanpa bertanding jawatan Ketua Cabang Ampang pada Pemilihan PKR 2018.

Bagaimanapun, beliau meninggalkan PKR pada 2020 dan bertindak menyertai Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).

Pemilihan PKR 2022 berlangsung sejak 13 Mei lalu dan akan berakhir pada 22 Mei (esok) melibatkan Perak, Sabah dan Sarawak.

Sementara untuk pemilihan secara dalam talian, ia diadakan pada17 Mei bagi pengundi luar negara dan 18 hingga 20 Mei bagi ahli yang memilih untuk berbuat demikian.-AA

Pemilihan PKR 2022: Iltizam Hans Isaac, Altimet Sertai Politik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker