Pelabur Benci PH Dan Mahathir

Oleh Nurul Aisyah

Tesla akan ke Indonesia. Amazon akan ke Indonesia. Google akan ke Indonesia. Apa yang sudah berlaku? Walaupun kita ada banyak agensi pelaburan seperti MITI, MIDA, InvestKL dan MDEC namun mereka gagal untuk menarik pelabur selagi “potential investor” masih dibayangi Pakatan Harapan(PH) dan Mahathir.

Fakta yang sangat pahit terpaksa ditelan oleh PH dan Mahathir adalah para pelabur di seluruh dunia amat benci kepada mereka.

Apabila PH mengambil alih pemerintahan negara selama 22 bulan, para pelabur cabut lari. Mereka tidak akan merisikokan perniagaan mereka dibawah pemerintahan PH yang tidak mempunyai kredibiliti dan kestabilan politik.

Pelabur juga tidak percaya kepada pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional(PN). Mereka tahu bahawa PN tidak mempunyai visi ekonomi yang cukup kuat untuk menjamin kejayaan pelaburan mereka.

Malah kerajaan campuran yang ada sekarang juga masih tidak cukup kuat untuk menarik pelabur ke negara kita. Para pelabur mahukan kestabilan politik yang mampu menjamin pulangan yang tinggi atas pelaburan mereka.

Oleh itu, pembubaran Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15(PRU 15) secepat mungkin adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mengembalikan keyakinan pelabur untuk datang semula ke Malaysia.

Ketika Datuk Seri Najib menjadi PM, ekonomi negara berkembang dengan sangat pesat. Beliau sendiri memimpin misi perdagangan dan pelaburan. Najib mengadakan siri perjumpaan dengan pemimpin luar negara dan ketua-ketua industri. Kira-kira 80 syarikat antarabangsa dijemput ke Malaysia ketika itu.

Ianya telah membuka peluang pekerjaan dan memastikan pekerja berkemahiran tinggi Malaysia sama ada kekal di negara kita atau yang berada di luar negara, kembali berkhidmat di tanah air kita. Namun sejak 2018, kita sudah tidak dengar lagi apa-apa usaha membawa pelaburan masuk.

Ketika PH dan Mahathir menjadi kerajaan selama 22 bulan, yang kita ada hanya penghinaan kata rakyat malas. Kita hanya mampu melihat ketidakstabilan politik. Kita dapat merasai kelemahan dasar-dasar kerajaan dengan kesan besar terhadap ekonomi dan rakyat.

Negara dilanda malapetaka ekonomi selepas PRU14. Malaysia yang dahulunya ketika BN memimpin dilihat sebagai berpotensi dengan pertumbuhan tinggi di rantau Asia dan Asia Tenggara, kini tidak lagi dalam pertimbangan pelaburan. Kita tidak lagi dipandang hanya kerana pelabur sangat benci kepada PH dan Mahathir.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker