Tunku Ismail, Khaleeda santuni Bella

Tunku Ismail, Khaleeda santuni Bella

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, menyantuni gadis orang kurang upaya (OKU), Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera, hari ini.

Khaleeda turut berkongsi detik istimewa bertemu gadis berkenaan di Facebook serta di laman Instagramnya ketika bertemu gadis itu di taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland).

Kemesraan antara Khaleeda dan Bella jelas kelihatan menerusi beberapa rakaman gambar yang dikongsi.

Khaleeda turut berdoa supaya Bella, rakan-rakan dan kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.

“Semoga ia dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka.

“Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain,” katanya.

Pasangan berkenaan turut mencemari duli menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa lain. HM

Tunku Ismail, Khaleeda santuni Bella


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker