Sukan SEA: Mike Mahen gondol emas
Sukan SEA: Mike Mahen gondol emas
JISIM otot dan simetri tubuh yang ‘mengancam’ berjaya mencuri perhatian juri membolehkan atlet bina badan negara Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah merangkul pingat emas ‘Men’s Athletics Physique’ Sukan SEA ke-31 di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi hari ini.
Juara dunia kategori Athletics Physique empat kali berturut-turut sejak 2016 yang lebih mesra disapa Mike, menewaskan empat peserta lain dengan atlet tuan rumah Tian Nguyen Minh meraih perak manakala wakil Thailand Pong Pala gangsa.
Lebih manis, kejayaan diraih Mike itu hadir pada penampilan pertamanya di Sukan SEA sekali gus membantu kem bina badan negara mencapai sasaran membawa pulang satu pingat emas pada temasya sukan dwitahunan itu.
Pada aksi final, seorang lagi atlet negara Ahmad Faiz Ariffin terlepas peluang mengiringi Mike di podium selepas menamatkan saingan di kedudukan keempat.
Sementara itu, kem bina badan negara menutup cabaran di Hanoi dengan merangkul satu pingat gangsa menerusi Walvern Abdullah-Kok Gong Tai dalam kategori Pasangan Campuran.
Baca artikel berkaitan: Sukan SEA: Tak fikir siapa lawan di semi final, yang penting jadi juara kumpulan – Maloney
Mike berkata beliau berpuas hati dapat memastikan Malaysia meraih sebutir emas pada temasya sukan dwitahunan itu selepas berdepan detik cemas di sini, apabila tidak dibenarkan bertanding selepas didakwa positif COVID-19 pada awalnya.
Beliau kemudian menjalani ujian saringan RTK-Ag sebanyak lima kali sebelum akhirnya dibenarkan untuk beraksi.
“Gelaran di Sukan SEA satu-satunya yang saya tidak pernah dapat, ini kali pertama saya masuk dan dapat pingat emas. Saya hargai dan berterima kasih kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara) dan PPBM (Persekutuan Bina Badan Malaysia) yang sentiasa bagi sokongan.
“Saya menghadiahkan pingat emas ini kepada seluruh rakyat Malaysia dan untuk Keluarga Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita.
Pencapaian Mike menjadikan sebanyak satu emas, tiga perak dan empat gangsa berjaya dituai kem bina badan negara untuk mengatasi sasaran satu emas, dua perak dan tiga gangsa yang ditetapkan. Utv
Sukan SEA: Mike Mahen gondol emas
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu