Penghantar makanan maut dilanggar bas



Penghantar makanan maut dilanggar bas

KOTA BHARU: Penghantar makanan maut akibat dilanggar sebuah bas selepas terjatuh daripada motosikal yang ditunggangnya dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Kota Bharu – Pasir Mas, di sini, malam tadi.

Sebelum itu, mangsa, Muhammad Amin Maula Ismail, 24, dipercayai terlanggar belakang sebuah kereta yang mengundur dari perkarangan sebuah masjid berhampiran lokasi untuk memasuki laluan utama. Ia menyebabkan mangsa terjatuh ke laluan bertentangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh, berkata dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa menunggang motosikal dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Mas.

“Sampai di lokasi kemalangan iaitu berhadapan Surau Haji Sulong Parit Cina, sebuah kereta dipandu lelaki berusia 73 tahun yang baru selesai solat Isyak mengundur ingin memasuki laluan utama.




“Disebabkan jarak yang dekat, mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian belakang sisi kanan kereta itu dan terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah bas yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shuhaimi berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. BH

Penghantar makanan maut dilanggar bas


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Leave a Reply

Your email address will not be published.