Insiden tembakan di gereja, seorang maut dan ramai cedera

Insiden tembakan di gereja, seorang maut dan ramai cedera

LOS ANGELES: Seorang maut, manakala empat parah dalam insiden tembakan di sebuah gereja berhampiran Los Angeles, semalam.

Kejadian itu menyusul sehari selepas tragedi 10 mangsa ditembak mati oleh seorang remaja berusia 18 tahun di sebuah pasar raya di Buffalo, New York.



Pihak berkuasa memaklumkan, panggilan kecemasan diterima daripada Gereja Geneva Presbyterian pada jam 1.26 tengah hari semalam.

“Seorang mangsa terkorban di lokasi kejadian, manakala empat lagi parah.

“Seorang pula mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa adalah orang dewasa,” menurut Jabatan Syerif Daerah Orange dalam kenyataan melalui Twitter.

Jabatan itu berkata, pihaknya menahan seorang individu dan merampas senjata disyaki digunakan dalam insiden berkenaan.



Sementara itu, Pihak Berkuasa Bomba Daerah Orange memaklumkan melalui Twitter, anggota bomba serta paramedik sudah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pejabat Gabenor California, Gavin Newsom, pula berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pegawai tempatan untuk memantau keadaan susulan kejadian itu. – AFP

Insiden tembakan di gereja, seorang maut dan ramai cedera


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker