Nahas Motosikal: Pelajar Tingkatan Empat Maut Kemalangan

Nahas Motosikal: Pelajar Tingkatan Empat Maut Kemalangan

BUTTERWORTH: Seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan tiga buah kereta di Kilometer 11.9 Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth arah Sungai Dua dekat sini awal pagi Ahad.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, pelajar tingkatan empat itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas dilanggar kenderaan lain.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika motosikal ditunggangi mangsa datang dari arah Bagan Ajam menghala Sungai Dua.

“Siasatan mendapati mangsa telah menukar haluan dari lorong kiri ke lorong kanan menyebabkan motosikal bergesel dengan sebuah kereta dari arah belakang.

“Kemudian datang pula dua buah kereta dari belakang yang gagal mengelak dan melanggar penunggang motosikal itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Radzi siasatan lanjut pihaknya mendapati mangsa yang tidak mempunyai lesen memandu menunggang motosikal milik bapanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-AA



Nahas Motosikal: Pelajar Tingkatan Empat Maut Kemalangan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker