Giliran Tony Pua pula tidak bertanding PRU15



Giliran Tony Pua pula tidak bertanding PRU15

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang gagal mendapat tempat dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP pada pemilihan parti baru-baru ini tidak akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut laporan Straits Times, Pua telah memaklumkan perkara itu (tidak bertanding) kepada rakan dalam partinya.

Akhbar harian Singapura itu berkata, perkara itu diketahui “daripada beberapa tokoh tertinggi parti yang mana Pua telah jelaskan kepada rakannya dalam DAP bahawa beliau tidak akan bertanding di Parlimen untuk penggal keempat.”

Keputusan Pua untuk tidak mempertahankan kerusi parlimennya dibuat susulan seorang lagi pemimpin terkemuka, Ong Kian Ming pada minggu lalu berkata, beliau tidak akan menawarkan dirinya sebagai calon pada PRU akan datang.




Ong, yang juga gagal mendapat tempat dalam CEC berkata, beliau mahu berehat daripada arena politik untuk ” “merenung semula bagaimana untuk memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang dikumpulkan”.

Minggu lalu, Sin Chew Daily memetik sumber sebagai berkata, Pua telah memutuskan untuk tidak bertanding pada PRU15 walaupun sebelum pemilihan DAP.

Ong dan Pua menerima kecaman tahun lalu selepas mereka dilihat cenderung kepada tawaran kerjasama politik secara bipartisan ketika Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Muhyiddin telah menawarkan cadangan sedemikian dalam percubaan terakhir untuk mengekalkan pentadbirannya selepas ahli parlimen Umno menarik balik sokongan kepadanya sebagai perdana menteri. FMT

Giliran Tony Pua pula tidak bertanding PRU15





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Leave a Reply

Your email address will not be published.