Kepimpinan PM dalam Kerjasama ASEAN-AS pemangkin pemulihan ekonomi

Kepimpinan PM dalam Kerjasama ASEAN-AS pemangkin pemulihan ekonomi

DALAM kemeriahan syawal pasca transisi ke arah endemik yang masih terasa, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama-sama rakan sejawatannya di antara negara-negara ASEAN (kecuali Myanmar dan Filipina) telah dijemput secara kehormat ke Persidangan Khas ASEAN-AS yang diadakan di Washington, Amerika Syarikat .

Lawatan kerja Perdana Menteri ini dilihat penting kerana negara-negara ASEAN perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan proses pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19 berjalan secara tersusun di samping Amerika Syarikat sebagai rakan dagang kedua terbesar ASEAN.

Usaha Perdana Menteri dalam memastikan pemulihan ekonomi antarabangsa menjadi keutamaan disambut baik Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Rakyat masih bergelut dalam proses transisi kearah endemik dan Malaysia antara negara top 20 yang paling bergantung kepada dagangan antarabangsa.

Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar persidangan ini perlu menyelesaikan pelbagai krisis antarabangsa yang melanda akibat konflik Russia-Ukraine, ancaman geopolitik dengan himpitan kuasa besar di Laut China Selatan dan tindakan antarabangsa yang memencilkan konflik Israel-Palestin dan juga reaksi masyarakat antarabangsa terhadap Rusia-Ukraine yang dilihat hanya akan membiarkan kuasa besar berhampiran ASEAN untuk melanggar kedaulatan wilayah negara-negara ASEAN khususnya tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

Pendekatan berjiwa besar Perdana Menteri yang diinspirasikan oleh Keluarga Malaysia diharap dapat mewujudkan trajektori ke arah Keluarga ASEAN yang akan mementingkan pemulihan ekonomi, penyelesaian aman konflik antarabangsa yang akan mengakibatkan kenaikan inflasi dan bahan api, kejatuhan mata wang berbanding dolar AS serta pelbagai krisis bekalan logistik yang masih menghantui pasaran dunia dan melambatkan pemulihan ekonomi negara-negara ASEAN.

Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga mengulangi tawaran tenaga parti dan buah fikiran Kelab-Kelab UMNO seluruh dunia bagi membantu Perdana Menteri merealisasikan misi dan visi beliau .

* Ikmal Hazlan Ikmal Hisham adalah Pengerusi Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Kepimpinan PM dalam Kerjasama ASEAN-AS pemangkin pemulihan ekonomi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker