Calon ketua bahagian PKR dakwa 11,000 pengundi meragukan di Sungai Buloh
Calon ketua bahagian PKR dakwa 11,000 pengundi meragukan di Sungai Buloh
Seorang calon ketua bahagian PKR mendakwa terdapat 11,000 daftar pemilih meragukan di kawasan tersebut dalam keadaan pemilihan parti itu sedang berlangsung.
Calon ketua bahagian PKR Sungai Buloh, Mohd Khairuddin Othman berkata, antara dakwaan yang tular menerusi aplikasi Whatsapp, terdapat anggota MIC turut didaftarkan menjadi ahli PKR.
“Ini tuduhan-tuduhan yang minta Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kaji balik, lihat secara serius dan memastikan proses pemilihan lancar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Rider Ysuku di Shah Alam.
Khairuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras berkata demikian mengulas dakwaan calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa pihaknya mengenal pasti kewujudan 54,000 daftar pemilih meragukan di seluruh negara dalam pemilihan parti itu kali ini.
Rafizi sebelum ini berkata, surat aduan rasmi telah dihantar kepada JPP pada 12 April lalu bagi memastikan anggota parti yang tersenarai dalam kelompok berkenaan tidak dibenarkan mengundi secara terbuka.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata pihaknya tidak tahu dari mana datangnya pemilih-pemilih ini.
Ditanya sama ada aduan telah dibuat, dia berkata masih belum “sebab benda dalam sistem”.
Beliau bagaimanapun berharap pemilihan kali ini berjalan lancar serta mengingatkan ahli parti untuk tidak bersikap agresif kerana ia akan memberi kesan kepada PKR.
“Harap anggota parti bertenang, kalau ada masalah serah pada JPP, jangan ambil tindakan sendiri sebab rakyat melihat kita.
“Jangan terbang-terbang (kerusi),” katanya
Pemilihan bagi ketua bahagian Sungai Buloh menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu Khairuddin, Ramanan Ramakrisnan, Sivarasa Rasiah dan Mohd Majeman Nyono.
Pemilihan PKR 2022 bermula yang 13 Mei menyaksikan Terengganu dan Kelantan menjadi lokasi pertama, manakala Selangor pula pada 21 Mei ini. FMT
Calon ketua bahagian PKR dakwa 11,000 pengundi meragukan di Sungai Buloh
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu