UMNO Pernah Hilang Kuasa Tapi Segera Bangkit – Dr Najmil Faiz

UMNO Pernah Hilang Kuasa Tapi Segera Bangkit – Dr Najmil Faiz

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris melihat perjuangan UMNO yang ke 76 tahun membawa pengertian yang penuh bermakna buat seluruh ahli parti.

Jelasnya, walaupun UMNO pernah tewas pada pilihan raya lalu namun ianya tidak bermakna UMNO akan tewas selama-lamanya.

“Kita bertuah kerana menjadi sebahagian daripada parti yang hebat. Walaupun kita pernah hilang kuasa, namun tidak bermakna kita selamanya akan kalah.

“UMNO dapat bangkit dengan cepat dan membetulkan kesilapan. Kini, punca kuasa negara kembali ditangan pemimpin UMNO,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terangganu menjelaskan ahli UMNO harus segera belajar dari kesilapan lalu dan terus memperkasakan parti.

“Kita perlu sentiasa belajar dan memperbaiki kelemahan serta perkukuhkan permuafakatan.

“Perjalanan UMNO masih panjang lagi dan dengan izin Allah SWT, UMNO akan terus menabur bakti kepada negara. Selamat menyambut hari ulang tahun UMNO ke-76 tahun,” katanya lagi.

Untuk rekod, UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 demi menyatukan kaum Melayu menentang penjajah tanah air. Jasa dan bakti UMNO telah membawa negara ini ke arah kemakmuran dan kestabilan. – UMNO Online

UMNO Pernah Hilang Kuasa Tapi Segera Bangkit – Dr Najmil Faiz

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker