Nasrudin mohon PAS beri peluang kedua kepada MN

Nasrudin mohon PAS beri peluang kedua kepada MN

Gesaan agar PAS kembali mempertaut hubungan baik dengan Umno terus disuarakan. Kali ini oleh seorang lagi pemuka PAS – Nasrudin Hassan.

Kata ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu partinya perlu memberi peluang kepada kepada Muafakat Nasional yang dirintis oleh mereka bersama Umno sebelum ini.



Justeru katanya pemimpin Umno dan PAS perlu berlapang dada dan kembali ke meja rundingan untuk mengadakan perbincangan dari hati ke hati sekali gus menamatkan persengketaan yang ada.

Jelas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu lagi, membiarkan pertelagahan terus berlaku adalah langkah ke belakang serta mengulangi persengketaan yang berlaku di antara kedua-dua parti selama berpuluh tahun.

“Hentikan berbalas serangan di media. Cari jalan bertemu lalu berbincang dari hati ke hati. Akui kelemahan atau kesilapan masing-masing. Luahlah semahunya apabila bertemu, kemudian cari solusi untuk kembali bertaut.

“Berilah peluang kedua. Demi Allah, berilah peluang kedua untuk penyatuan ummah demi masa depan umat Islam dan negara tercinta ini,” katanya dalam kenyataan di media sosial hari ini.



Nasrudin merupakan antara pemimpin PAS yang dilihat cenderung mahu mempertahankan MN yang dijalin parti itu dengan Umno pada 14 Sept 2019. Ketika itu kedua-dua parti terbabit menjadi pembangkang.

Berani buat perubahan

Bagaimanapun PAS mengambil langkah sepihak menyertai Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi parti serpihan Umno, Bersatu, apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan di luar pilihan raya, menyebabkan MN disangsikan keberkesanannya.

Hubungan Umno-PAS kemudian semakin menegang apabila pemimpin kedua-dua parti – termasuk di peringkat tertinggi – saling berbalas kecaman. Malah ada desakan daripada pihak tertentu agar MN diisytiharkan sudah berkubur.



Pada 8 Mei lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi BN itu berkata ini kerana Umno telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara terkandung di dalam piagam MN namun ia gagal disepakati.

Di Kelantan, Umno sudah memutuskan hubungan mereka dengan PAS secara rasmi.

Pagi tadi seorang lagi tokoh berprofil tinggi, Mohd Khairuddin Aman Razali, mengulangi gesaan agar MN dipulihkan dan menggesa PAS mengakui parti itu mengabaikan beberapa permintaan Umno untuk berunding.



Bekas menteri itu juga berharap Bersatu tidak dijadikan halangan untuk PAS berbaik-baik semula dengan Umno.

Nasrudin berkata seorang insan yang hebat ialah individu yang boleh memaafkan pihak lain meskipun ia yakin dirinya tidak bersalah.

Pemimpin yang hebat pula, tambahnya, ialah pemimpin yang berani membuat perubahan dan pembaharuan meskipun tahu ia sangat sukar dilakukan.

Nasrudin menambah Umno dan PAS perlu menghayati detik bersejarah yang menyaksikan dua parti terbesar orang Melayu yang sekian lama bersengketa itu bersatu “demi ummah.”



“Bukan seratus atau seribu, bahkan berjuta umat Islam melafazkan syukur dengan jujuran air mata menyaksikan kedua-dua pihak yang mempunyai sejarah persengketaan yang sengit dapat menandatangani piagam kerjasama.

“Namun permuafakatan ini diuji dengan begitu dahsyat. Perkara ini sememangnya telah dijangka awal kerana memahami tabiat musuh Islam yang tidak akan tinggal diam untuk membiarkan umat Islam bersatu dan membina kekuatan.

“Tentu sahaja mereka akan berhempas pulas merencana pelbagai perancangan dari luar dan dalam untuk memastikan MN ini berakhir,” katanya lagi. Mk

Nasrudin mohon PAS beri peluang kedua kepada MN




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker