Negara terbiasa dengan mentaliti utamakan kereta, kata pakar
Negara terbiasa dengan mentaliti utamakan kereta, kata pakar
Cabaran dalam mengutamakan ruang bandar untuk orang ramai dan persepsi buruk terhadap kenderaan mobiliti mikro seperti e-skuter dan e-moped adalah hasil daripada dasar berdekad-dekad yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengutamakan kereta, menurut pakar.
Pakar advokasi pengangkutan aktif dan mampan Nadhrah A Kadir berkata negara telah terbiasa dengan “mentaliti utamakan kereta” sejak sekian lama.
“Kebanyakan orang, termasuk pembuat dasar dan keputusan, jurutera trafik dan perancang bandar tidak boleh berfikir atau bertindak di luar daripadanya,” kata pensyarah kanan di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
“Oleh itu, kita boleh menjangkakan perbalahan hubungan dengan e-skuter, bukan sahaja dengan pengguna jalan raya, yang majoritinya adalah pemandu, tetapi juga dengan penggubal dasar.
“Kita perlu menjadikan ruang bandar lebih inklusif dan boleh diakses oleh pelbagai pengguna. Lebih penting lagi, kita perlu menggalakkan dan melindungi orang yang memilih mobiliti aktif atau hijau,” kata Nadhrah, pengasas BikeCommute@USM, sebuah kumpulan advokasi yang menggalakkan dan menyokong penggunaan basikal di universiti dan seterusnya.
Katanya, melihat kepada trend semasa di bandar-bandar global, termasuk Berlin, Paris dan Oslo dalam menyasarkan revolusi bebas kereta, kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa tempatan melaksanakan apa yang diucapkan dalam menangani perubahan iklim.
“Buat masa ini, hampir tidak ada sebarang usaha serius dilakukan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap kereta di negara kita. Ini adalah ‘common sense’ terutamanya apabila agensi kerajaan sering bercakap mengenai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bandar rendah karbon, keselamatan jalan raya dan isu kesihatan awam,” katanya.
Walaupun beliau sedar bahawa dasar bebas kereta di bandar di Malaysia adalah langkah radikal dalam keadaan sekarang, Nadhrah berkata tindakan keras ke atas e-skuter di kawasan Warisan Unesco Pulau Pinang baru-baru ini mencerminkan keutamaan pihak berkuasa yang berkaitan.
“Kawasan warisan boleh diwujudkan sebagai zon bebas kereta, jadi pejalan kaki, penunggang e-skuter, basikal boleh melaluinya dengan selamat. Namun kita masih lagi mengutamakan pemandu kereta dan menghukum penunggang e-skuter atas alasan demi keselamatan awam,” katanya.
FMT
Negara terbiasa dengan mentaliti utamakan kereta, kata pakar
Baca Artikel Menarik:
- Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
- Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
- Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
- Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
- Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
- PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
- Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
- Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
- Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
- Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
- Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
- Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…
Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.