Mahathir Yang Pilih Kapal Selam Scorpene dan Berunding Dengan Perancis
Oleh Nurul Aisyah
AKHIRNYA rakyat Malaysia tahu kedudukan sebenar berkaitan kapal selam Scorpene yang menjadi modal politik Pakatan Harapan(PH) selama ini dan dikitar semula lagi.
Anwar, Kit Siang dan PH sekali lagi kitar semula propaganda kapal selam dan Najib. Kononnya kerajaan perlu buka semula siasatan ke atas isu kapal selam ini disebabkan seorang hakim di mahkamah Perancis mahu mendakwa syarikat Thales dengan rasuah.
Sebenarnya, negara Perancis telah siasat isu ini sejak tahun 2010. Sekarang pun masih siasat dan belum didakwa secara rasmi.
Propaganda penipuan yang dimainkan PH berkisar mengenai
1. Najib yang beli kapal selam tersebut pada tahun 2002 semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan dan berlakunya rasuah
2. Kapal selam yang dibeli tidak boleh selam.
3. Kes rasuah kapal selam ini tidak pernah disiasat kerajaan
Dalam perkara ini, PH terperangkap dalam propaganda mereka sendiri kerana bukan Datuk Seri Najib yang memilih dan berunding pembelian kapal selam tersebut walaupun beliau Menteri Pertahanan. Ketika itu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah Mahathir.
Mahathir yang memilih kapal selam itu dan berunding dengan Perancis. Beliau sudah meninjau kapal selam dari Perancis ketika Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’97) 1997. Tiga kapal selam dari tiga negara iaitu Rusia, Perancis dan Turki turut menyertainya untuk ditinjau oleh kerajaan pada masa itu.
Setahun selepas meninjau kapal selam Perancis di LIMA 97, Mahathir menulis surat pada Michel Rocard, Perdana Menteri Perancis berkaitan hal kapal selam.
Dalam buku bertajuk “Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia”, mukasurat 218, menyatakan pada tahun 1998, Perdana Menteri, Perancis dan Mahathir bertukar-tukar empat pucuk surat. Dalam kandungan surat itu menyatakan bahawa Malaysian Airlines (MAS) akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapatkan dua kapal selam buatan Perancis iaitu jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009.
Kapal selam yang dibeli itu memang boleh selam. Ketika kerajaan PH memerintah, Menteri Pertahanan iaitu Mat Sabu terpaksa mengakui perkara ini di dalam parlimen.
Satu lagi propaganda PH mengenai kapal selam Scorpene ialah:
“Jika kapal selam Scorpene dibeli masa kerajaan BN dahulu benar-benar boleh selam, kenapa satu dari dua kapal selam itu diletakkan dalam Muzium Kapal Selam di Melaka?”
Jawapannya amat mudah:
Terdapat TIGA kapal selam yang diterima oleh Malaysia dari negara Perancis – bukan dua sahaja. Dan yang dipamerkan di Muzium itu adalah kapal selam kelas Agosta – bukan Scorpene.
Ketika Malaysia menandatangani perjanjian pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene dari negara Perancis pada tahun 2002 iaitu semasa Mahathir Perdana Menteri, penjual juga bersetuju untuk membekal satu lagi kapal selam kelas Agosta untuk tujuan melatih TLDM dari tahun 2005 hingga tahun 2009.
Malaysia menerima dua buah Scorpene yang boleh selam seperti disahkan sendiri oleh Mat Sabu dalam parlimen pada bulan November 2009, kapal selam latihan kelas Agosta itu tidak lagi digunakan.
Oleh kerana kapal selam latihan itu sudah lama maka negara Perancis bersetuju untuk menghadiahkannya kepada Malaysia dalam satu majlis pada tahun 2011.
Siasatan ke atas kes rasuah kapal selam dibuka semula semasa kerajaan PH mentadbir dan disiasat sepuas-puasnya oleh mereka.
Hasil siasatan menunjukkan tidak ada langsung bukti Najib terkait dengan rasuah kapal selam.
Ironinya Altantuya yang merupakan teman wanita Razak baginda ditohmah oleh PH, kononnya telah digunakan oleh kerajaan Malaysia sebagai penterjemah bagi rundingan dengan Perancis sedangkan Altantuya yang asalnya dari Mongolia dan belajar di Rusia.
Adakah negara Perancis yang mahu menjual kapal selam bernilai berbilion Ringgit tidak fasih atau tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan perlu ada penterjemahan Rusia?
Malah Kit Siang yang kononnya telah bersara politik menimbulkan semula isu Altantuya dan kapal selam ini untuk dikaitkan dengan Datuk Seri Najib.
Masihkah kita ingat Kit Siang pernah buat kenyataan bahawa dia tidak pernah kaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya setelah Najib buat laporan polis ketika kerajaan PH memerintah. Sebelum itu Kit Siang mendakwa kononnya mempunyai banyak bukti bahawa Najib adalah pembunuh beberapa individu.
PH, Kit Siang dan Mahathir ini memang kaki putar dan kaki penipu. Kalau mereka Pinocchio pasti hidung dah panjang sampai ke bulan.
You must be logged in to post a comment.