Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf

Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf

Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor, enggan melayan tuntutan maaf daripada Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil, sambil menyatakan beliau sebagai “anak seluang”, berhubung penularan dokumen “PASLeaks”.

Isham hari ini, memberi tempoh 48 jam kepada menteri besar Kedah itu memohon maaf selepas mendakwa dikaitkan dengan penulisan dokumen kontroversi berkenaan atau mungkin berdepan tindakan saman.

Sanusi yang terkenal dengan sikap sinisnya, memberi perumpamaan “anak seluang” yang seolah-olah menggambarkan Isham seorang yang “kecil” untuk diberi perhatian.

Beliau memberitahu FMT, tidak akan melantik peguam untuk mempertahankan dirinya kerana mendakwa tidak mempunyai kaitan dengan apa diperkatakan Isham.

“Saya tak layan ‘anak seluang’ yang bergayut pada fake document (dokumen palsu)/ rubbish (sampah) dalam usaha menjadi baung.

“Tak perlu… saya tak ada lantik lawyer (peguam) ka tukang salak ka… saya tak ada kaitan dgn dakwaan dia,” katanya.

Sanusi berkata, beliau tidak mahu mengambil tahu tindakan susulan akan dibuat Isham ke atas dirinya termasuk kemungkinan tindakan saman.

“…dia nak buat apa dia punya pasal,” katanya.

Semalam, Sanusi tidak menolak kemungkinan dokumen “PASLeaks” dilakukan BN menerusi laskar sibernya.

Beliau berkata, ada pegawai dalam BN yang kuat mendesak Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga naib presiden PAS untuk bersumpah laknat susulan penularan dokumen itu.

“Dia mungkin ada kepentingan pada dokumen itu dan sedang guna dokumen itu. Orang macam ini ada potensi untuk buat dokumen,” katanya.

Sanusi berkata, pendedahan dokumen itu yang mendakwa wujud perancangan sulit bagi menjatuhkan pimpinan Umno sebagai perkara tidak benar. FMT

Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker