Kanak-kanak didera, diberi makan mi segera mentah selama dua tahun

KANAK-KANAK itu kini mendapat rawatan perubatan di hospital dan diletakkan di bawah penjagaan badan kebajikan. – AGENSI

TARAKAN: Sepasang suami isteri di Tarakan, Kalimantan Utara ditahan polis selepas didakwa mendera anak perempuan mereka berusia tiga tahun.

Jurucakap polis Tarakan, Muhammad Aldy berkata, kanak-kanak perempuan itu disyaki menjadi mangsa dera ibu kandung dan bapa tirinya selama dua tahun.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut, kanak-kanak itu hanya diberi makan mi segera mentah, selain sering dipukul dan dicubit, malah tidak dibenarkan keluar dari rumah.

Keadaan itu menyebabkan kanak-kanak tersebut memiliki berat badan kurang dan masalah nutrisi yang serius.

“Kes ini terbongkar selepas beberapa jirannya merakam video bagaimana kanak-kanak itu dipukul bapa tirinya.

“Dalam video yang diserahkan kepada polis, kelihatan bapa tirinya memijak kepala kanak-kanak itu sehingga berdarah.

“Jiran pasangan suami isteri itu juga mendakwa mereka sering mendengar suara tangisan mangsa,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Jelas Muhammad, kanak-kanak itu didera selepas ibu bapa kandungnya bercerai dan ibunya berkahwin lain.

Dengan suami baharunya, wanita tersebut dikurniakan dua anak yang masing-masing  berusia satu setengah tahun dan lima bulan.

“Polis juga akan menyiasat jika dua lagi anaknya turut menjadi mangsa dera.

“Ketika ini, kanak-kanak perempuan itu menjalani rawatan di hospital dan diletakkan di bawah pemantauan jabatan kebajikan.

“Ibunya boleh dipenjara lima tahun, manakala bapa tirinya bakap dipenjara 10 tahun jika disabit kesalahan,” ujarnya.

Kanak-kanak didera, diberi makan mi segera mentah selama dua tahun

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker