Ketua Polis Jepun letak jawatan

TOKYO – Ketua Agensi Polis Negara Jepun, Itaru Nakamura mengumumkan peletakan jawatan semalam, selepas siasatan mengenai pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe pada bulan lalu selesai.

“Kami membuat keputusan untuk merombak kakitangan dan memulakan ‘lembaran baharu’ bagi tugas-tugas keselamatan.

“Disebabkan itu, saya menyerahkan notis peletakan jawatan kepada Suruhanjaya Keselamatan Awam Negara,” kata Nakamura kepada pemberita.



Beliau membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar yang memperincikan mengenai hasil siasatan berhubung kelemahan dalam sistem keselamatan tentang bagaimana seorang bekas Perdana Menteri sepatutnya dilindungi.

“Ketika meneliti dan menilai semula insiden tersebut, kami membuat keputusan untuk memulakan semula dan merombak sistem keselamatan,” ujar Nakamura.

Pada 8 Julai lepas, Abe ditembak lalu meninggal dunia ketika berkempen di wilayah Nara.

Suspek pembunuhan tersebut ditahan serta-merta dan dipercayai menyasarkan Abe kerana percaya beliau mempunyai kaitan dengan sebuah pertubuhan keagamaan.



Abe merupakan Perdana Menteri paling lama berkhidmatan di Jepun, namun sistem keselamatan dilihat agak longgar ketika beliau menyampaikan ucapan di sebatang jalan di wilayah barat Jepun itu.

Polis di kawasan tersebut turut mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam sistem keselamatan bekas pemimpin berkenaan ketika itu. – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand



Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker