Maqasid Syariah: Kementerian, agensi patut jadikan JAKIM rujukan – PM

Maqasid Syariah: Kementerian, agensi patut jadikan JAKIM rujukan – PM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sepatutnya dijadikan pusat rujukan oleh kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan tadbir urus berasaskan Maqasid Syariah.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pendekatan Maqasid Syariah diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dan dijadikan panduan atau kerangka dalam membangunkan dasar-dasar baharu sambil memperkasa yang sedia ada.

“Sekiranya dasar-dasar tersebut dilaksanakan dengan sebaiknya dan kefahaman yang jelas diberikan kepada penjawat awam pada semua peringkat, saya optimis, kesejahteraan yang diimpikan mampu dijiwai oleh seluruh anggota ahli Keluarga Malaysia.

“Saya juga menggalakkan pelaksanaannya di peringkat negeri oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN),” katanya dalam ucapan sempena program townhall dan pelancaran Buku Keluarga Malaysia Sejahtera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Purtajaya hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Jelasnya lagi, dengan mengambil kira Islam sebagai agama Persekutuan, beliau berharap setiap kementerian dan agensi dapat menzahirkan prinsip pemeliharaan maslahah dalam setiap dasar yang digubal.

“Prinsip ini menekankan perkara-perkara universal, sesuai untuk seluruh ahli Keluarga Malaysia yang mendambakan kesejahteraan dan keharmonian antara kaum dan penganut pelbagai agama.

“Ia tidak mengehadkan amalan dan kepercayaan agama lain, tetapi ia menuntut nilai kebersamaan dalam memelihara hubungan sesama kita,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pengupayaan Keluarga Malaysia perlu mengimbangi kepentingan spiritual dan rohani dengan pembangunan fizikal dan pengukuhan ekonomi di negara ini.

Jelas beliau, sekiranya kerajaan hanya memberikan tumpuan kepada pembangunan fizikal tanpa menekankan aspek spiritual maka akan wujud kepincangan dalam usaha memperkukuhkan perpaduan negara.

“Sebagai pembuat dasar, kerajaan perlu memainkan peranan bersungguh-sungguh dalam menyusun atur segala langkah bagi menterjemahkan konsep kesejahteraan agar ia dapat meresap ke dalam jiwa seluruh Keluarga Malaysia,” jelasnya. MG

Maqasid Syariah: Kementerian, agensi patut jadikan JAKIM rujukan – PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker