Elon Musk dedah harga tiket sehala ke Marikh RM428,500

Elon Musk dedah harga tiket sehala ke Marikh RM428,500

WASHINGTON – Pemilik syarikat Tesla dan Space X, Elon Musk mendedahkan harga tiket bagi pengembaraan ke Planet Marikh akan bermula sekitar AS$100,000 (RM428,500), lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Musk memerlukan sebuah kawasan khas di Marikh untuk membina penempatan manusia yang mampu bertahan.Beliau juga perlu menerima hakikat bahawa peratusan orang yang mahu pergi ke Planet Merah itu dan tinggal di sana adalah amat sedikit.

Beliau memaklumkan mahu membina koloni manusia di Marikh menjelang 2050.

“Kami mahu menyediakan koloni penempatan ini untuk sesiapa sahaja yang ingin pergi ke Marikh.

“Namun perlu diingat, meskipun pengembara Marikh membayar harga tiket mahal untuk ke sana, mereka tidak boleh mengharapkan lokasi penempatan itu mewah kerana ia tidak akan dibina begitu,” tegas Musk.

Membina bandar pertama di Marikh akan menjadi berbahaya, sempit, sukar dan disertai dengan kerja keras.

Musk juga mengatakan bahawa sesiapa yang mengambil keputusan untuk ke Marikh perlu bersedia dengan kemungkinan bahawa mereka mungkin tidak akan kembali ke Bumi.

“Bandar itu tidak akan menjadi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mahupun SpaceX tetapi akan menjadi hak milik penduduk Marikh. K Online

Elon Musk dedah harga tiket sehala ke Marikh RM428,500


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker